Pergi ke kandungan

Andrus Ansip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Andrus Ansip
Ansip pada 2022
Ahli Parlimen Eropah
bagi Estonia
Dalam jawatan
2 Julai 2019 – 15 Julai 2024
Pesuruhjaya Eropah bagi Pasaral Tunggal Digital
Dalam jawatan
1 November 2014 – 1 Julai 2019
SuruhanjayaJuncker
Didahului olehNeelie Kroes (Digital Agenda)
Digantikan olehMaroš Šefčovič (Pemangku)
Pesuruhjaya Eropah bagi Ekonomi Digital dan Masyarakat
Pemangku
Dalam jawatan
1 Januari 2017 – 7 Julai 2017
SuruhanjayaJuncker
Didahului olehGünther Oettinger
Digantikan olehMariya Gabriel
Perdana Menteri Estonia
Dalam jawatan
12 April 2005 – 26 Mac 2014
PresidenArnold Rüütel
Toomas Hendrik Ilves
Didahului olehJuhan Parts
Digantikan olehTaavi Rõivas
Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Komunikasi
Dalam jawatan
23 September 2004 – 12 April 2005
Perdana MenteriJuhan Parts
Didahului olehMeelis Atonen
Digantikan olehEdgar Savisaar
Datuk Bandar Tartu
Dalam jawatan
10 September 1998 – 23 September 2004
Didahului olehRoman Mugur
Digantikan olehLaine Randjärv
Maklumat peribadi
Lahir (1956-10-01) 1 Oktober 1956 (umur 70)
Tartu, RSS Estonia, Kesatuan Soviet
Parti politikParti Reformasi Estonia
PasanganAnu Ansip
Anak3
Tempat belajarUniversiti Tartu
Universiti Sains Hayat Estonia
TandatanganTandatangan

Andrus Ansip (sebutan Estonia: [ˈɑnːtrus ˈɑnʲːsʲipː]; lahir 1 Oktober 1956) ialah seorang ahli politik Estonia dan anggota Parlimen Eropah. Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya Eropah bagi Pasaran Tunggal Digital serta Naib Presiden Suruhanjaya Eropah dari tahun 2014 hingga 2019.

Sebelum itu, beliau merupakan Perdana Menteri Estonia dari tahun 2005 hingga 2014. Beliau juga pernah menjadi pengerusi parti liberal Parti Reformasi Estonia (bahasa Estonia: Reformierakond) dari tahun 2004 hingga 2014.

Sebelum menceburi bidang politik, Ansip mendapat latihan sebagai ahli kimia dan pernah bekerja dalam sektor perbankan serta perniagaan. Beliau memasuki Parlimen Estonia pada tahun 2004 dan tidak lama kemudian dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Pada April 2005, beliau menjadi Perdana Menteri. Pada 1 November 2014, beliau dilantik menyertai Suruhanjaya Eropah.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Tartu, Ansip menamatkan pengajian dalam bidang kimia di Universiti Tartu pada tahun 1979. Beliau kemudian bekerja sebagai jurutera di universiti tersebut dari tahun 1979 hingga 1983, dengan rehat selama dua tahun untuk menjalani perkhidmatan tentera wajib.

Dari tahun 1986 hingga 1988, beliau menjadi tenaga pengajar di Jabatan Industri serta Ketua Jabatan Organisasi bagi Jawatankuasa Daerah Tartu di bawah Parti Komunis Estonia, iaitu cabang Estonia bagi Parti Komunis Kesatuan Soviet.[1]

Selain itu, Ansip turut terlibat dalam beberapa perniagaan perbankan dan pelaburan. Beliau pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat Tartu (Rahvapank), Pengerusi Lembaga Livonia Privatisation IF, dan Ketua Pegawai Eksekutif Investment Fund Broker Ltd (Fondiinvesteeringu Maakler AS). Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Radio Tartu.

Dari tahun 1989 hingga 1993, Andrus Ansip menguruskan cawangan Tartu bagi syarikat AS Estkompexim.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Andrus Ansip mula dikenali di peringkat nasional apabila dipilih sebagai Datuk Bandar Tartu pada tahun 1998 mewakili Parti Reformasi Estonia. Beliau memegang jawatan itu hingga 2004 dan mendapat sokongan popular yang tinggi. Pada tahun yang sama, beliau menjadi pengerusi parti selepas Siim Kallas dilantik ke jawatan di peringkat Kesatuan Eropah. Tidak lama kemudian, beliau turut berkhidmat sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi sebelum melangkah ke jawatan lebih tinggi.

Pada tahun 2005, Ansip dilantik sebagai Perdana Menteri Estonia selepas membentuk kerajaan gabungan yang diluluskan oleh Riigikogu. Beliau memenangi 2007 dan 2011, sekali gus memulakan tiga penggal sebagai Perdana Menteri. Sepanjang tempohnya, beliau berdepan cabaran seperti krisis kewangan global 2008 dan isu populariti kerajaan.[2] Pada Mac 2014, beliau mengumumkan peletakan jawatan dan ketika itu merupakan Perdana Menteri paling lama berkhidmat dalam Kesatuan Eropah.[3]

Selepas itu, beliau beralih ke peringkat Eropah. Pada tahun 2014, beliau dilantik sebagai Naib Presiden Suruhanjaya Eropah serta Pesuruhjaya bagi Pasaran Tunggal Digital. Pada 2019, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Eropah dan berkhidmat dalam beberapa jawatankuasa berkaitan pasaran dalaman dan teknologi digital.[4] Pada Mac 2024, beliau mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya Parlimen Eropah.[5]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Salah satu tindakan paling kontroversi kerajaan Ansip ialah pemindahan monumen Tentera Gangsa Tallinn dari lokasi utamanya di pusat bandar Tallinn ke Perkuburan Angkatan Pertahanan Tallinn yang terletak berhampiran pusat bandar.

Pemindahan monumen tersebut, termasuk kubur perang di kawasan itu pada 27 April 2007, mencetuskan bantahan besar-besaran dan rusuhan selama dua malam, antara yang paling buruk berlaku di Estonia sejak negara itu mencapai semula kemerdekaan.[6][7]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Andrus Ansip berkahwin dengan pakar sakit puan, Anu Ansip (lahir 1956).[8] Mereka mempunyai tiga orang anak perempuan: Reet (lahir 1977), seorang doktor pergigian; Tiina (lahir 1981), seorang wartawan; dan Liisa (lahir 1997).[9]

Sejak 10 November 2009, beliau juga merupakan anggota Kaitseliit, iaitu pasukan sukarelawan pertahanan negara Estonia.[10]

  1. ↑ The Government of the Republic of Estonia: Andrus Ansip - Estonian Government Diarkibkan 13 Ogos 2011 di Wayback Machine
  2. ↑ David Mardiste (4 March 2014), Estonian PM submits resignation: president's spokesman Reuters.
  3. ↑ "Estonia PM Ansip resigns - Europe's longest-serving PM". BBC News. 4 March 2014.
  4. ↑ Intergroup on Artificial Intelligence and Digital European Parliament.
  5. ↑ Andrus Ansip drops European Parliament elections bid in surprise move Eesti Rahvusringhääling, 24 March 2024.
  6. ↑ "BBC NEWS - Europe - Tallinn tense after deadly riots". 28 April 2007. Dicapai pada 3 March 2015.
  7. ↑ "Olukord tänavatel on rahulik". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2007.
  8. ↑ "Tartu Rotary klubi". Dicapai pada 3 March 2015.
  9. ↑ "Referaat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 December 2020. Dicapai pada 8 November 2008.
  10. ↑ Andrus Ansip sai kätte Kaitseliidu liikmepileti Diarkibkan 20 Julai 2011 di Wayback Machine. Neljas.ee, 29 March 2010.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkaitan Andrus Ansip di Wikimedia Commons
  • Official biography for Andrus Ansip
  • Estonian Reform Party
Jawatan politik
Didahului oleh
Roman Mugur
Datuk Bandar Tartu
1998–2004
Diikuti oleh:
Laine Randjärv
Didahului oleh
Meelis Atonen
Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Komunikasi
2004–2005
Diikuti oleh:
Edgar Savisaar
Didahului oleh
Juhan Parts
Perdana Menteri Estonia
2005–2014
Diikuti oleh:
Taavi Rõivas
Didahului oleh
Siim Kallas
Pesuruhjaya Eropah Estonia
2014–2019
Diikuti oleh:
Kadri Simson
Didahului oleh
Neelie Kroes
sebagai Pesuruhjaya Eropah sebagai Digital Agenda
Pesuruhjaya Eropah unyuk Pasaran Tunggal Digital
2014–2019
Diikuti oleh:
Maroš Šefčovič
Pemangku
Didahului oleh
Günther Oettinger
Pesuruhjaya Eropah untuk Ekonomi Digital dan Masyarakat
Pemangku

2017
Diikuti oleh:
Mariya Gabriel