Pergi ke kandungan

Bunga anting-anting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bunga anting-anting
Bunga-bunga spesies
Fuchsia coccinea
Pengelasan saintifik
Sinonim[1][2]
Senarai
    • Brebissonia Spach
    • Dorvalia Hoffmanns.
    • Ellobium Lilja
    • Encliandra Zucc.
    • Kierschlegeria Spach
    • Lyciopsis Spach
    • Myrinia Lilja
    • Nahusia Schneev.
    • Quelusia Vand.
    • Quiliusa Hook.f.
    • Schufia Spach
    • Skinnera J.R.Forst. & G.Forst.
    • Spachea A. Juss.
    • Spachia Lilja
    • Thilcum Molina
    • Tilco Adans.

Bunga anting-anting[3] atau bunga anting India adalah sejenis bunga dalam genus Fuchsia[3][4] keluarga Onagraceae.[1] Terdapat sekitar 110 spesies tanaman dalam genus ini; banyak yang tumbuh di benua Amerika Selatan[4] tetapi ada beberapa spesies yang ditemukan di kawasan tropika Tahiti, dan New Zealand.[5] Genus pokok-pokok bunga ini ditubuhkan Charles Plumier, seorang ahli botani Perancis yang menemukan tanaman liar dalam genus ini di pulau Hispaniola, Karibia pada tahun 1696; Charles memberi nama genus Fuchsia daripada nama Leonhard Fuchs (disebut [fʊks] ⓘ), seorang ahli botani Jerman.[5]

Pokok-pokok bunga anting-anting diperkenalkan dan ditanam di Amerika Utara dan Eropah[5] sebagai tanaman hiasan, tetapi sukar dijaga kerana menyukai persekitaran beriklim sejuk.[6] Spesies-spesies genus Fuchsia ini merebak dan tumbuh liar[5] di beberapa tempat, misalnya Dataran Tinggi Dieng di Jawa Tengah, Jawa, Indonesia.[3]

Spesies-spesies bunga anting-anting sesuai hidup di seperti di utara benua Amerika Utara; bunga anting-anting tidak boleh terdedah kepada terik matahari pada waktu tengah hari dan mesti dijaga di bawah teduhan.[7] Ia memerlukan banyak air.[6] Pokok-pokoknya tumbuh mencapai ketinggian sekitar 15 hingga 150 sentimeter, dan dahan-dahan pokok dapat tumbuh lebar sehingga antara 30–105 sm.[6]

Pokok-pokok bunga anting-anting yang tumbuh di kawasan-kawasan beriklim sederhana biasa berbunga pada akhir waktu musim bunga akhir hingga awal musim luruh selama 12 minggu atau lebih.[6] Bunga-bunga yang kembang berwarna merah, ungu, biru atau putih.[6]

  1. 1 2 "Fuchsia Plum. ex L." Plants of the World Online. Taman Botanic Diraja Kew. 2026. Dicapai pada 5 Julai 2026.
  2. ↑ Stafleu, Frans Antonie; Cowan, Richard S. (1976). Taxonomic literature: a selective guide to botanical publications and collections with dates, commentaries and types. Jil. V: Sal-Ste (ed. ke-2). Bohn, Scheltema & Holkema. m/s. 767. ISBN 978-90-313-0631-2.
  3. 1 2 3 Van der Pijl, L. (1937). "Disharmony between Asiatic flower-birds and American bird-flowers". Annales du Jardin Botanique de Buitenzorg. 68 (1): 17–26.
  4. 1 2 Hassan Shadily (penyunting). Ensiklopedi Indonesia. Jil. 2 (CES-HAM). Jakarta: Ichtiar Baru-van Hoeve.
  5. 1 2 3 4 Allaby 2010, m/s. 38.
  6. 1 2 3 4 5 Hogson 2005, m/s. 244.
  7. ↑ Hogson 2005, m/s. 244–245.

Sumber-sumber

[sunting | sunting sumber]