Pergi ke kandungan

Daging belukar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daging lemur dari spesies yang terancam punah, dijual di Madagascar
Daging belukar yang telah dikeringkan dan sedia untuk dimasak, di antaranya tikus tebu, tikus besar berkantung, dan antelope kecil Cephalophus rufilatus

Daging belukar adalah daging yang diperoleh dari haiwan liar diburu. Istilah ini sering digunakan di Afrika, Asia, dan Amerika Latin. Daging belukar disumberkan dari haiwan berbeza-beza, biasanya mamalia, termasuk primat. Istilah ini juga digunakan dalam menggambarkan perburuan haiwan langka di benua Afrika.

Perburuan

[sunting | sunting sumber]

Daging belukar awalnya merujuk kepada daging dari haiwan darat liar yang diburu masyarakat pribumi untuk bertahan hidup atau komersial di rantau tropika basah. Perburuan untuk mendapatkan daging belukar telah menjadi buah perbincangan pelbagai organisasi pelestari haiwan liar seperti IUCN kerana spesies yang diburu juga termasuk haiwan yang terancam.[1]

Secara teknis daging belukar adalah daging dari mamalia darat yang hidup dalam hutan belukar, padang rumput, hutan, rawa, dan ekosistem lain di sekitarnya, sehingga haiwan langka pun dapat menjadi target perburuan. Namun begitu, komoditi berupa primat besar pada perdagangan daging belukar tidak sampai satu perantus.[2]

Penyebaran penyakit

[sunting | sunting sumber]

Berbagai haiwan daging belukar dapat menjadi induk bagi pelbagai jenis patogen, di antaranya virus Ebola, cacar, TBC, rubella, dan sebagainya. Patogen ini dapat berpindah ke manusia ketika dalam pemegangan bangkai sehingga dimakan.[3] Kes kematian juga didapati daripada pemakanan daging belukar.[4] Ia dianggarkan HIV dijangkitkan dari primat ke manusia melalui pemakanan daging belukar[5] dan transfer virus antarspesies ini terjadi lebih dari sekali karena HIV yang menulari manusia memiliki beberapa strain.[6]

Kesan terhadap populasi haiwan langka

[sunting | sunting sumber]

Ramai aktivis memperkirakan bahawa peranan negara barat seperti barang import, peruntukan insentif, pemberitaan masakan, dan sebagainya telah menyebabkan perburuan haiwan langka untuk dijadikan daging belukar meningkat. Berbagai kebudayaan di Afrika cenderung menghormati keberadaan primata besar, namun intervensi dari negara barat menyebabkan budaya tersebut makin pudar.[1] Salah satu cara untuk menghindari menurunnya populasi hewan langka adalah dengan membudidayakannya dan melegalisasi perdagangan daging hewan yang dibudidayakan tersebut dengan diikuti larangan perdagangan hewan hasil buruan. Tujuan dari budi daya ini mirip dengan tujuan budi daya burung unta dan budi daya ikan salmon, yaitu memindahkan sumber dari alam ke peternakan.[7]

Peningkatan perburuan haiwan langka untuk dijadikan daging belukar secara tidak langsung juga disebabkan oleh pengkurangan hasil tangkapan ikan di laut Afrika. Pengurangan populasi terjadi kerana terjadinya penangkapan ikan berlebih oleh kapal penangkap ikan asal Uni Eropa.[8]

  1. 1 2 Joseph Alcamo, Rashid Hassan, Robert Scholes, Neville Ash, Steve R. Carpenter, Prabhu L. Pingali, Elena M. Bennett, Monika B. Zurek, Kanchan Chopra, Rik Leemans, Pushpam Kumar, Henk Simons, Doris Capistrano, Cristián Samper K., Marcus J. LeeSummaryPreview this bookBy Joseph Alcamo, Rashid Hassan, Robert Scholes, Steve R. Carpenter, Prabhu L. Pingali, Elena M. Bennett, Monika B. Zurek, Kanchan Chopra, Rik Leemans, PushpamKumar, Henk Simons, Doris Capistrano, Cristián Samper K., Marcus J. Lee. Ecosystems and human well-being. Island Press. m/s. 407. ISBN 1-55963-228-3.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. Bowen-Jones, E., Pendry, S. (1999) The Threats to Primates and Other Mammals from the Bushmeat Trade in Africa and How This Could Be Diminished. Oryx, vol. 33, no. 3: 233-247.
  3. "Other diseases carried by gorillas". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-14. Dicapai pada 2014-08-03. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. 25 people in Bakaklion, Cameroon killed due to eating of ape
  5. "Scientists find new strain of HIV". BBC News. 2 August 2009.
  6. doi:10.1101/cshperspect.a006841
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  7. Legalising the flesh of self-grown local animals[pautan mati kekal]
  8. "Bushmeat". CBC Radio. 2004-11-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-04. Dicapai pada 2007-02-21. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Daging