Pergi ke kandungan

Daijō-kan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Daijōkan)
Mohor Imperial Jepun.

Daijō-kan atau Dajō-kan (Jepun: 太政官),[1] juga dikenali sebagai Majlis Negara Agung, ialah badan tertinggi dalam kerajaan Imperial Jepun pada zaman pramoden di bawah sistem undang-undang Ritsuryō semasa dan selepas zaman Nara, atau (selepas Pemulihan Meiji) badan tertinggi kerajaan Jepun yang dipulihkan sementara sebelum digantikan oleh Kabinet Jepun. Dalam istilah Yamato, ia juga dipanggil Ōmatsurigoto-no-Tsukasa (於保伊萬豆利古止乃官).[2]

Daijō-kan distrukturkan secara rasmi dalam Kod Taihō 702, dengan kemunculan awalnya dicatat dalam Kod Asuka Kiyomihara 689. Badan pentadbiran pusat ini pada asalnya terdiri daripada tiga menteri: Daijō-daijin (Canselor), Sadaijin (Menteri Kiri) dan Udaijin (Menteri Kanan).[3] Struktur kerajaan ini mengurus semua hal pentadbiran sekular, manakala Jingi-kan atau Jabatan Pemujaan bertanggungjawab terhadap ritual Shintō, pendeta, dan kuil.

Kuasa Daijō-kan mula merosot pada abad ke-10 dan ke-11 apabila puak Fujiwara, yang menguasai jawatan pemangku raja kerajaan, dan mereka juga mula mengawal Daijō-kan. Semasa abad ke-12, majlis ini hampir kehilangan kuasa sebagai entiti berasingan, walaupun sistem itu tidak pernah dibubarkan secara formal. Sepanjang tempoh Ritsuryō, maklumat pentadbiran disimpan dengan teliti, tetapi pada zaman Heian, institusi Ritsuryō berkembang menjadi sistem politik dan budaya tanpa mekanisme maklum balas.[4]

Menjelang zaman pemerintahan Maharaja Kōmei, golongan bangsawan kuge digabungkan dengan tokoh-tokoh wilayah baru dari luar Kyoto untuk memulihkan kewibawaan dan pengaruh pusat kerajaan. Bagaimanapun, oleh kerana banyak isu penting lain menuntut perhatian segera, tidak banyak masa atau tenaga diberikan untuk reformasi atau penyusunan semula Daijō-kan, menjadikannya sebuah hierarki kuno yang kembali menjadi tumpuan tetapi tanpa perubahan struktur besar.

Organisasi dan hierarki

[sunting | sunting sumber]
Tapak Istana Heijō, yang diyakini sebagai tapak Daijo-kan.

Inovasi Ritsuryō pada abad kelapan terbukti sangat tahan lama dan fleksibel sepanjang beberapa abad.[5]

Semasa pemerintahan Keshogunan Tokugawa, kuasa pegawai istana berada pada tahap paling rendah, tetapi Daijō-kan masih wujud dan kekal utuh pada tahun-tahun awal Pemulihan Meiji.[6] Penilaian terhadap mana-mana jawatan harus dilihat dalam konteks sistem hirarki pegawai yang kukuh namun fleksibel.[7]

Pada awal zaman Meiji, jawatan dalam Daijō-kan diisi oleh putera, bangsawan, setiawan, daimyō, dan samurai.[8] Beberapa bulan selepas Piagam Sumpah Meiji, struktur Ritsuryō kuno diubah sedikit, dengan penekanan pada pemisahan fungsi perundangan, pentadbiran, dan kehakiman. Bagaimanapun evolusi badan perundingan dalam sistem perlembagaan moden berlaku secara berperingkat, dan perbezaannya dengan Daijō-kan lama tidak jelas pada mulanya.[9] Dalam titah Imperial 1869, dinyatakan bahawa:

Perhimpunan ini hendaklah untuk perundingan umum, menghormati kehendak Maharaja yang meletakkan asas kerajaan, sebagai tempat tenaga rakyat digerakkan, dengan menghormati reskrip Imperial, bersatu dengan Daijō-kan, menekankan asas kerajaan, menangani isu dengan bijaksana, dan memastikan kesatuan negara tidak terganggu.[10]

Beberapa bulan kemudian, satu lagi reformasi besar menggabungkan semula fungsi perundangan dan eksekutif yang sebelum ini dipisahkan.[10]

Pada 1871, jawatan Daijō-daijin dipulihkan seketika di bawah Perlembagaan Meiji dengan pelantikan Sanjō Sanetomi. Walaupun nama jawatannya sama, Daijō-kan ini berbeza sepenuhnya dengan versi zaman Heian dan Kenmu. Kemudian, diputuskan bahawa sistem kabinet moden yang bersepadu lebih sesuai untuk Jepun moden.

Pada Disember 1885, sistem lama dimansuhkan sepenuhnya,[11] walaupun beberapa elemen lama disesuaikan untuk kegunaan baru. Contohnya, jawatan Naidaijin diubah menjadi Penyimpan Mohor Diraja Jepun,[12] dengan fungsi berbeza daripada Naidaijin asal. Sanjō Sanetomi yang sebelum ini menjawat jawatan Daijō-daijin, memohon untuk melepaskan jawatan Ritsuryōn beliau dan segera dilantik sebagai Naidaijin,[11] menunjukkan bahawa hanya nama lama dikekalkan, tetapi kuasa dan fungsi telah berubah sepenuhnya..[13]

Majlis Negara

[sunting | sunting sumber]

Senarai ini menunjukkan hierarki kompleks yang direka untuk mengurus pentadbiran negara, dan menunjukkan mengapa sistem ini kekal fleksibel dan berguna sepanjang berabad-abad:

  • Canselor Kerajaan (太政大臣, Daijō-daijin):[14] Terdapat juga jawatan Pemangku Cancelor (知太政官事, Chi-daijōkanji) sebagai pengganti sementara.[15]
  • Menteri Kiri (左大臣, Sadaijin)[16]
  • Menteri Kanan (右大臣, Udaijin)[16]
  • Menteri Tengah (内大臣, Naidaijin)[16]
  • Canselor Besar (大納言, Dainagon)[14] – Tiga jawatan utama penasihat (kadang lebih).[13]
  • Canselor Tengah (中納言, Chūnagon)[14] – Tiga jawatan, bertindak sebagai penasihat pertengahan.[13]
  • Canselor Kecil (少納言, Shōnagon) – Tiga jawatan, penasihat kecil bagi pentadbiran harian.[14]
  • Pegawai Penyelia (参議, Sangi)[17] – Mengurus aktiviti harian Daijō-kan dalam istana.[16]
  • Setiausaha Luar (外記, Geki) – Pegawai yang bertindak sepenuhnya atas arahan Maharaja.[16]
  • Pengawal Besar Kiri (左大弁, Sadaiben).[15] – Mengawasi empat kementerian: Kementerian Tengah, Perkhidmatan Awam, Upacara, dan Hal Ehwal Rakyat.
  • Pengawal Besar Kanan(右大弁, Udaiben).[15] – Mengawasi empat kementerian: Ketenteraan, Kehakiman, Perbendaharaan dan Rumah Tangga Imperial.[16]
  • Pembantu Pertama Pengawal Kiri (左中弁, Sachūben)[16]
  • Pembantu Pertama Pengawal Kanan (右中弁, Uchūben)[16]
  • Pembantu Kedua Pengawal Kiri (左少弁, Sashōben)[16]
  • Pembantu Kedua Pengawal Kanan (右少弁, Ushōben)[16]
  • Setiausaha Pertama Kiri (左大史, Sadaishi)[16]
  • Setiausaha Pertama Kanan (右大史, Udaishi)[16]
  • Pembantu Setiausaha Pertama Kiri atau Kanan (史生, Shishō) – 20 pegawai, membantu urusan pentadbiran harian dan dokumentasi.[16]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. Kenkyusha's New Japanese-English Dictionary, Kenkyusha Limited, ISBN 4-7674-2015-6
  2. "太 政 官". 官位辞典. Dicapai pada 2025-07-22.
  3. Hall, John Whitney et al.. (1993). The Cambridge History of Japan, p. 232.
  4. Mesheryakov, Alexander (2003). "On the Quantity of Written Data Produced by the Ritsuryō State" Diarkibkan 2011-05-29 di Wayback Machine, Japan Review, 15:187–199.
  5. Ritsuryō -- court structure and offices Diarkibkan 2008-02-07 di Wayback Machine, Sheffield.
  6. Ozaki, Yukio. (2001). The Autobiography of Ozaki Yukio: The Struggle for Constitutional Government in Japan pp. 10-11.
  7. Dickson, Walter G. et al. (1898). [ "The Eight Boards of Government" in Japan, pp. 55-78.], m/s. 56, di Buku Google; excerpt at p. 56, "Klaproth has given in his "Annals of the Emperors" a sketch of these eight boards, with the offices under each. It is ... a concise account of the government of Japan. The study of such a subject is rather dry and uninteresting, but it is necessary for any one who wishes to make himself acquainted with Japanese history, either of the past or of the present day...."
  8. Ozaki, pp. 1-6.
  9. Ozaki, p. 10.
  10. 1 2 Ozaki, p. 11.
  11. 1 2 Ozaki, p. 86.
  12. Dus, Peter. (1988). The Cambridge History of Japan: The Twentieth Century, pp. 59, 81.
  13. 1 2 3 Unterstein (in German): Ranks in Ancient and Meiji Japan (in English and French), pp. 6, 27.
  14. 1 2 3 4 Titsingh, Isaac. (1834). [ Annales des empereurs du japon, p. 425.], m/s. 425, di Buku Google
  15. 1 2 3 Varley, H. Paul. (1980). Jinnō Shōtōki, p.272.
  16. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Titsingh, [ p. 426.], m/s. 426, di Buku Google
  17. Nussbaum, Louis-Frédéric. (2005). "Sangi" in [ Japan Encyclopedia, p. 817], m/s. 817, di Buku Google.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]