Pergi ke kandungan

Hubungan Iran–Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Iran-Malaysia
Peta menunjukkan lokasi Iran dengan Malaysia

Iran

Malaysia

Hubungan Iran-Malaysia tidak begitu rapat walaupun kedua-duanya adalah negara Islam. Isu-isu seperti pengaruhRevolusi Iran 1979 dan fahaman Syiah yang merupakan mazhab utama di Iran, dan mazhab yang dilarang dari disebarkan di Malaysia, membendung kedua-dua negara ini dari mempunyai hubungan diplomatik yang lebih erat. Secara umumnya Malaysia lebih rapat dengan negara-negara Islam dari aliran Sunni seperti Arab Saudi, Pakistan dan Mesir.

Sistem beraja

[sunting | sunting sumber]

Sebelum 1979, Iran mengamalkan sistem beraja sama seperti di Malaysia. Raja Iran, juga dikenali sebagai Shah, mendapat bantuan dan sokongan daripada kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat.

Ajaran Syiah menjadi mazhab utama di Iran, yang tidak diterima oleh ulama-ulama dan umat Islam di Malaysia. Pada 2011, fatwa Malaysia menyatakan Syiah sebagai ajaran sesat. Walau bagaimanapun, pengikut Syiah dibenarkan mengamalkan ajaran mereka tanpa berdakwah kepada Muslim lain.[1] Aliran Syiah adalah ialah aliran kedua dominan dalam Islam selepas aliran Sunni.

Revolusi Iran

[sunting | sunting sumber]

Kejayaan Ayatollah Ruhollah Khomeini dalam melancarkan Revolusi Iran pada Januari 1979 menjadikan Iran sebagai kuasa baru Islam di dunia menggantikan Arab Saudi dan Mesir.

Kepimpinan pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia, seperti Parti PAS dan Persatuan Ulama Malaysia melihat kejayaan ulama di Iran sebagai suatu sumber inspirasi.

Tenaga nuklear

[sunting | sunting sumber]

Malaysia menyokong Iran dalam pembangunan tenaga nuklear. Amerika Syarikat menuduh Iran, Syria dan Korea Utara sebagai paksi kejahatan.

Pada 5 November 2009, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas sebuah subsidiari Bank Mellat milik Iran yang beroperasi Malaysia kerana dikatakan membantu membiayai perkembangan senjata pemusnah besar-besaran. Kononnya Bank Mellat telah ‘membantu berjuta-juta dolar untuk program nuklear Iran’.[2] Pengerusi Bank Mellat, Ali Divandari turut dikenakan sekatan. Bank lain ialah Bank First East Export PLC yang berpusat di Labuan.

Pada 9 Ogos 2010, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan Duta Besar Iran ke Malaysia Prof Dr Mohammad Mehdi Zahedi menawarkan kepakaran teknologi nuklear.[3] Pada Julai 2010, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui menyatakan nuklear sebagai penjana elektrik ditimbangkan selepas Pelan Pembangunan Infrastruktur Tenaga Nuklear (NPIDP) 2013.

Iran merayu Malaysia menyertai Hari Bersuara atau 'Voice Day' pada hari Jumaat, 1 Syawal 2010 untuk menyokong perjuangan Palestin menentang Israel.

Kerjasama politik

[sunting | sunting sumber]

Presiden Mahmoud Ahmadinejad, pernah ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) pada 8 Julai 2008.[4]

Persatuan ahli parlimen Malaysia-Iran hendak ditubuhkan. DDatuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis telah berbincang dengan Presiden Iran Ahmadinejad di Kuala Lumpur 2008. Ahmedinejad cukup optimis bahawa Amerika Syarikat akan runtuh tidak lama lagi.

Kerjasama ekonomi

[sunting | sunting sumber]

Syarikat Malaysian Iranian Corporation (MIC) Sdn. Bhd. menjadi pengedar minuman di Malaysia. Ketua pengarahnya, Mahdi Bagherian menyataskan minuman malt yang dibuat di Iran itu mempunyai 10 perisa termasuk perisa asli malt, epal, mangga, nenas, lemon, buah pear, strawberi dan delima. Malaysia mempunyai 13 juta penduduk Islam. Malaysia sesuai dijadikan hab pemasaran Brunei dan Indonesia.[5]

Tilawah Al-Quran

[sunting | sunting sumber]

Hanya qari (pembaca Al-Quran lelaki) dari Iran dihantar ke Malaysia untuk menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Qariah tidak dihantar kerana suara wanita adalah aurat, menurut ijtihad ulama-ulama dari Iran. Sembilan orang qari dari Iran menjadi johan tilawah termasuk Hossein Saeid Rostami Tabrizy pada 2006.

Keldai dadah

[sunting | sunting sumber]

Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman Datuk Zulhasnan Najib Baharudin mendedahkan rakyat Iran menjadi keldai dadah. Sebanyak sembilan kes penyeludupan dadah Syabu warga Iran antara Januari-Februari 2010 dengan nilai rampasan RM10.5 juta. 39 orang berjaya ditahan dan 34 orang adalah warga Iran.

Pada 9 Februari 2010, Polis Bukit Aman menahan wanita Iran bersama 2 lelaki, transit di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum tiba di KLIA. Polis menemui 5 kilogram syabu dalam dua buah beg pakaian yang dibawa, yang disorokkan di dalam satu ruang khas. Seterusnya rampasan 3 kg syabu di kondominium di Kota Damansara. Seterusnya 5 lelaki Iran ditahan di lobi KLIA. Kesemua mereka memiliki dokumen perjalanan sah melalui tiket pelancong.Mereka ditahan reman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Mereka dipercayai `keldai dadah' yang diupah sindiket antarabangsa untuk pasaran serantau.[6]

Perdagangan senjata nuklear

[sunting | sunting sumber]

Dr Azmi Hassan selaku felo ISIS Malaysia menyatakan Malaysia dikaitkan dengan rangkaian nuklear haram (2004) dan tuduhan dua syarikat Malaysia mengeksport teknologi terlarang ke Iran.

Pada 2004, Malaysia telah dituduh sebagai salah sebuah negara rangkaian pasaran gelap nuklear Abdul Qader Khan dari Pakistan. Malaysia diperalatkan kerana tidak adanya Undang-Undang Perdagangan Strategik 2010. Malaysia mudah dijadikan sarang penularan senjata pemusnah besar-besaran (Inggeris: Weapons of Mass Destruction, singkatan: WMD) .

Pada 2007, Jilani Humayun rakyat Pakistan-Amerika telah didapati bersalah melanggar Akta Pengawalan Eksport Senjata AS. Humayun mempergunakan syarikat berdaftar di Malaysia untuk mengeksport alat ganti jet pejuang Northrop F5 dan F-14 Tomcat dan juga helikopter Chinook CH-47 ke Iran. Humayun telah mengisytiharkan bahawa alat ganti jet pejuang dan helikopter tersebut adalah untuk kegunaan tentera Arab Saudi.

Tahun 2009, dua syarikat Malaysia iaitu Eco Biochem Sdn. Bhd. dan Vast Solution Sdn. Bhd. serta dua individu iaitu Brian Kaam, (rakyat Malaysia) dan Majid Seif (rakyat Iran) yang menetap di Malaysia telah dibicarakan di AS atas tuduhan mengeksport senjata terlarang ke Iran. Mereka berhadapan 13 pertuduhan dan didakwa di Mahkamah Daerah Selatan Florida. Di antara pertuduhan itu termasuk konspirasi, melanggar peraturan di bawah peruntukan undang-undang kawalan eksport AS.[7]

  1. Malaysia bans Shias for promoting their faith Daily Times
  2. AS kenakan sekatan ke atas subsidiari bank Iran di Malaysia Utusan Malaysia Online
  3. Iran tawar kepakaran nuklear pada M'sia
  4. Malaysia-Iran setuju tubuh Persatuan Ahli Parlimen Utusan Malaysia Online
  5. Minuman malt tanpa alkohol di Mihas Utusan Malaysia Online
  6. Tujuh Lagi Warga Iran Ditahan Dalam Kes Rampasan Syabu Bernama
  7. "Apabila hujah tidak bernas — Dr Azmi Hassan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2010-04-22.