Pergi ke kandungan

Mohammed bin Salman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohammed bin Salman
Duli Yang Teramat Mulia
Putera Mahkota Arab Saudi
Perdana Menteri Arab Saudi
Potret rasmi, 2016
Putera Mahkota Arab Saudi
Pemerintahan21 Jun 2017 – kini
Didahului olehMuhammad bin Nayef
MonarkiSalman ibn Abdulaziz Al Saud
Perdana Menteri Arab Saudi
Pemerintahan27 September 2022 – kini
Didahului olehSalman ibn Abdulaziz Al Saud
MonarkiSalman ibn Abdulaziz Al Saud
Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi dan
Timbalan Perdana Menteri kedua Arab Saudi
masih menjabat29 April 2015 – 21 Jun 2017
Didahului olehMuhammad bin Nayef
Diikuti olehKosong
Menteri Pertahanan Arab Saudi
Pemerintahan23 Januari 2015 – 27 September 2022
Didahului olehSalman ibn Abdulaziz Al Saud
Diikuti olehKhalid bin Salman bin Abdulaziz Al Saud
MonarkiSalman ibn Abdulaziz Al Saud
Keputeraan (1985-08-31) 31 Ogos 1985 (umur 41)
Jeddah, Arab Saudi
PasanganSara binti Mashoor bin Abdul-Aziz Al Saud (k. 2008)[1]
Anakanda5
Nama penuh
Mohamed bin Salman ibn Abdulaziz ibn Abdul Rahman ibn Faisal ibn Turki ibn Abdullah ibn Mohammed ibn Saud
KerabatAl Saud
AyahandaSalman ibn Abdulaziz Al Saud
BondaFahda binti Falah bin Sultan bin Hathleen
AgamaIslam

Duli Yang Teramat Mulia Mohammad bin Salman Al Saud (Arab: محمد بن سلمان بن عبد العزيز آل سعود; dilahirkan pada 31 Ogos 1985) merupakan Putera Mahkota Arab Saudi dan Perdana Menteri Arab Saudi.[2][3] Beliau juga merupakan ketua hakim bagi Mahkamah Diraja Al Saud dan seorang pengerusi Lembaga Ekonomi dan Pembangunan Arab Saudi. Beliau menjadi lebih terkenal berikutan di bawah pemerintahan ayahandanya, Raja Salman ibn Abdulaziz Al Saud.[4] Beliau dinaikkan pangkat menjadi Putera Mahkota Arab Saudi pada 21 Jun 2017 berikutan ayahandanya telah memecat Putera Mahkota Muhammad bin Nayef Al Saud untuk semua kedudukan rasmi di dalam monarki Arab Saudi. Dengan tindakan ini, Muhammad bin Nayef Al Saud disingkirkan secara rasmi sebagai pewaris takhta Raja Arab Saudi dan tempat beliau digantikan oleh sepupunya, Mohammad bin Salman Al Saud.[5][6][7]

Beliau dikenali kerana memiliki kawalan ketara terhadap kerajaan Saudi sehingga dianggap sebagai ketua Arab Saudi secara de facto berbanding ayahandanya. Dalam pemerintahan Salman, beliau dikenali dengan reformasi-reformasi bersangkutan liberalisasi hak asasi, termasuk pengehadan kuasa Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar,[8] perluasan hak-hak wanita, terutamanya penghapusan larangan wanita untuk memandu, dan perluasan wanita dalam sektor hiburan dan pekerjaan, serta pembukaan Arab Saudi terhadap pelancong asing.

Walau bagaimanapun, pemerintahannya juga dicemari pencabulan-pencabulan hak asasi manusia dan sekatan hak bersuara melalui kekerasan dan pembunuhan.[9] Beliau disebut-sebut sebagai dalang utama pembunuhan Jamal Khashoggi, seorang wartawan pengkritik monarki Saudi terkemuka.[10] Selain itu, Mohammed turut dikatakan bertanggungjawab dalam konflik-konflik tempatan, termasuk peperangan di Yaman[11] dan Syria, serta krisis diplomasi Qatar pada 2017.

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Muhammad bin Salman Al Saud diputerakan pada 31 Ogos 1985.[12] Beliau ialah putera Raja Salman dari isteri ketiganya,[13] Fahda binti Falah bin Sultan bin Hatsliin.[14] Fahda adalah cucu dari Rakan bin Hitsalain, yang merupakan kepala suku Al Ajman.[15]

Muhammad bin Salman ialah anakanda sulung dalam adik-beradik sebelah bonda, dan merupakan anakanda kelapan serta putera ketujuh dari sebelah ayahanda;[13] dengan saudara kandungnya termasuk Turki bin Salman, mantan ketua Kelompok Kajian dan Pemasaran Saudi, dan Khalid bin Salman. Bin Salman memperoleh sarjana undang-undang dari Universiti Raja Saud.[16]

Kerjaya awal (2008–2015)

[sunting | sunting sumber]

Setelah lulus tamat pengajian, Mohammed menghabiskan beberapa tahun dalam sektor swasta sebelum menjadi pembantu peribadi ayahandanya. Beliau bekerja sebagai penasihat Jawatankuasa Ahli; bekerja bagi pihak kabinet Saudi.[17]

Pada 15 Disember 2009, pada usia 24 tahun, Muhammad bin Salman memasuki dunia politik sebagai penasihat khas ayahandanya selaku gabenor Provinsi Riyadh.[18] Pada saat ini, Mohammed mulai menjawat pelbagai jawatan seperti setiausaha agung Dewan Persaingan Riyadh, penasihat khas dalam Yayasan Kajian dan Arkib Raja Abdulaziz dan anggota Lembaga Albir di wilayah Riyadh.[19]

Pada Oktober 2011, Putera Mahkota Sultan bin Abdul Aziz meninggal dunia, dan Raja Salman saat ini mulai naik ke tampuk kekuasaan dengan menjadi Wakil Perdana Menteri Kedua dan Menteri Pertahanan pada November 2011. Ketika itu, Muhammad bin Salman diangkat sebagai penasihat peribadinya.[20]

Putera Mahkota (2015–kini)

[sunting | sunting sumber]

Dengan mangkatnya Raja Abdullah ibn Abdulaziz Al Saud pada 23 Januari 2015, Salman ditabalkan sebagai Raja Saudi. Mohammed kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan[21] dan setiausaha agung Mahkamah Diraja.[22] Beliau turut mengekalkan jawatannya sebagai menteri dalam negeri.[23]

Pada 29 April 2015, Mohammed menjadi Timbalan Putera Mahkota lalu menggantikan Muhammad bin Nayef.[24]

Gaya pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Ideologi Mohammed telah digambarkan sebagai nasionalis[25][26] dan populis,[27][28] dengan sikap konservatif terhadap politik, dan pendirian liberal terhadap isu ekonomi dan sosial.[29][30] Ia telah banyak dipengaruhi oleh pandangan bekas penasihatnya, Saud al-Qahtani[31][32] dan pemerintah Abu Dhabi, Mohammed bin Zayed.[33][34] Gaya pemerintahannya telah digambarkan sebagai sangat kejam oleh wartawan Rula Jebreal dan autoritarian oleh Jamal Khashoggi[35] dan Theodor Winkler.[30] Mohammed bin Salman juga telah memperjuangkan ideologi nasionalis Arab di dalam negara dan melalui dasar luar negara; dengan tumpuan untuk menentang gerakan Islam.[36]

Autoritarianisme

[sunting | sunting sumber]

Mohammed mengetuai kerajaan autoritarian yang menindas di Arab Saudi. Aktivis hak asasi manusia dan aktivis hak wanita di Arab Saudi telah menghadapi penderaan dan penyeksaan oleh rejim tersebut.[9] Pengkritik, wartawan dan bekas orang dalam diseksa dan dibunuh.[9][37] Kerajaan telah menyasarkan pembangkang Saudi yang berada di luar negara. Jamal Khashoggi, seorang kolumnis The Washington Post, telah dibunuh oleh rejim.[37] Mohammed telah mewajarkan penangkapan beramai-ramai aktivis hak asasi manusia sebagai sesuatu yang perlu untuk melaksanakan pembaharuan di Arab Saudi dan untuk menubuhkan sebuah negara berdasarkan nasionalisme Arab.[38][39]

Mohammed semakin mengukuhkan kuasa di Arab Saudi semasa tempoh jawatannya sebagai pemimpin.[38] Beliau mengehadkan kuasa polis agama di Arab Saudi dengan ketara.[8] Pada 29 Januari 2015, Mohammed telah dinamakan sebagai pengerusi Majlis Hal Ehwal Ekonomi dan Pembangunan yang baru ditubuhkan. [40] replacing the disbanded Supreme Economic Commission.[40] Pada April 2015, Mohammed telah diberikan kawalan ke atas Saudi Aramco melalui titah diraja susulan pelantikannya sebagai timbalan putera mahkota.[41]

  1. "Profile: Saudi crown prince Mohammed bin Salman". www.aljazeera.com.
  2. "Mohammad bin Salman named new Saudi Crown Prince". TASS (dalam bahasa Inggeris). Beirut. 21 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-22. Dicapai pada 22 Jun 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. "Mohammed bin Nayef kingpin in new Saudi Arabia: country experts". Middle East Eye. 1 Februari 2015. Dicapai pada 1 Februari 2015.
  4. Transcript: Interview with Muhammad bin Salman The Economist, 6 Januari 2016.
  5. CNN, Nicole Chavez, Tamara Qiblawi and James Griffiths. "Saudi Arabia's king replaces nephew with son as heir to throne". CNN.
  6. Raghavan, Sudarsan; Fahim, Kareem (21 Jun 2017). "Saudi king names son as new crown prince, upending the royal succession line". The Washington Post. Dicapai pada 21 Jun 2017.
  7. "Saudi royal decrees announcing Prince Mohammed BinSalman as the new crown prince". The National. Abu Dhabi: Abu Dhabi Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-21. Dicapai pada 21 Jun 2017.
  8. 1 2 Mazzetti, Mark; Hubbard, Ben (Oktober 16, 2016). "Rise of Saudi Prince Shatters Disades of Royal Tradition". The New York Times. m/s. A1. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2016. Dicapai pada 17 Oktober 2016.
  9. 1 2 3 "Critics cite worsening Saudi repression two years after journalist's gruesome slaying". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). 2020-10-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2021. Dicapai pada 2021-07-18. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  10. Hubbard, Ben (2019-01-03). "Saudi Arabia Seeks Death Penalty for 5 Suspects in Khashoggi Killing". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2022-09-27.
  11. "The war in Yemen is disastrous. America is only making things worse". The Guardian. 11 Jun 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Oktober 2018. Dicapai pada 20 Oktober 2018.
  12. Simon Tisdall (24 Jun 2017). "Mohammed bin Salman al-Saud: The young hothead who would be king". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Oktober 2017. Dicapai pada 2 Januari 2018.
  13. 1 2 David D. Kirkpatrick (6 Jun 2015). "Surprising Saudi Rises as a Prince Among Princes". The New York Times. Riyadh. Dicapai pada 29 Oktober 2015.
  14. "Profile: Crown Prince Mohammed bin Salman". Al Jazeera. 21 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2017. Dicapai pada 2 Januari 2018.
  15. Mustafa Al Labbad (27 Januari 2016). "The new Saudi power triangle". Al Monitor. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2017. Dicapai pada 24 April 2017.
  16. "Council of Ministers: Membership". Embassy of Saudi Arabia, Washington DC. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2011. Dicapai pada 25 Januari 2015.
  17. Profile of Prince Mohammed bin Salman – Defense Minister of Saudi Arabia. Retrieved 30 Mac 2015
  18. "HRH Prince Mohammed bin Salman bin Abdulaziz to inaugurate Cityscape Riyadh 2011". AMEinfo. 31 Oktober 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2011. Dicapai pada 2 Mac 2013.
  19. "Chairman of the Board". MISK.org.sa. MISK Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Januari 2015. Dicapai pada 25 Januari 2015.
  20. "Prince Sultan arrives to Bahrain to attend Bahrain Grand Prix". Bahrain News Agency. 22 April 2012. Dicapai pada 23 April 2012.
  21. "Saudi King Abdullah passes away". Al Arabiya. 23 Januari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Januari 2015. Dicapai pada 23 Januari 2015.
  22. "Saudi Prince Mohammad bin Salman named defense minister". Al Arabiya English (dalam bahasa Inggeris). 2015-01-23. Dicapai pada 2022-09-16.
  23. "Profile: Prince Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud". Al Arabiya. 27 Januari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 28 Februari 2015.
  24. "Saudi king replaces crown prince in cabinet reshuffle". Al Jazeera. 29 April 2015.
  25. "Beating Up on Canada Again: the Canada Letter". The New York Times. 10 August 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 August 2018. Dicapai pada 12 August 2018. Prince Mohammed is a Saudi nationalist
  26. "Saudi Arabia's Dark Nationalism". The Atlantic. 2 June 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 August 2018. Dicapai pada 12 August 2018.
  27. "Saudi Arabia's Populist King in Waiting". Politico. 22 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2017. Dicapai pada 23 November 2017.
  28. "Saudi Arabia's corruption crackdown risks scaring off investors". Financial Times. 30 January 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 August 2018. Dicapai pada 12 August 2018. MbS, who also controls foreign and defence policy, has combined populism at home with hawkish nationalism abroad
  29. "Heir's modernising vision risks conservative discontent". The Times. 22 June 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 August 2018. Dicapai pada 12 August 2018. Prince Mohammed's vision is conservative in a political sense — he will be an autocratic king — but it is socially more liberal.
  30. 1 2 Winkler, Theodor (2018). The Dark Side of Globalization. LIT Verlag Münster. m/s. 192. combines a more liberal economic and societal system with reinforced authoritarian rule
  31. "How the man behind Khashoggi murder ran the killing via Skype". Reuters. 22 October 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2018. Dicapai pada 10 January 2019.
  32. "Spotlight: Inside the stricken court of crown prince Mohammed Bin Salman". GQ. 27 December 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2019. Dicapai pada 10 January 2019.
  33. "Meet the Two Princes Reshaping the Middle East". Politico. 13 June 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 July 2018. Dicapai pada 12 August 2018.
  34. "A Saudi Prince's Quest to Remake the Middle East". The New Yorker. 9 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 August 2018. Dicapai pada 12 August 2018.
  35. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "RulaJebreal_Khashoggi_MBS"
  36. Duran, Burhanettin (31 October 2017). "Is "Moderate Islam" just another Way of saying Arab Nationalism?". SETA. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 February 2018.
  37. 1 2 "Saudi Arabia Case Study | Understanding Transnational Repression". Freedom House. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 July 2021. Dicapai pada 18 July 2021.
  38. 1 2 "The High Cost of Change". Human Rights Watch. 4 November 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 July 2021. Dicapai pada 18 July 2021.
  39. Chulov, Martin (5 October 2022). "Putin and the prince: fears in west as Russia and Saudi Arabia deepen ties". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 October 2022.
  40. 1 2 Simeon Kerr (30 January 2015). "Saudi king stamps his authority with staff shake-up and handouts". Financial Times. Riyadh. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 February 2015. Dicapai pada 1 February 2015.
  41. Waldman, Peter (21 April 2016). "Project to Get Saudi Arabia's Economy Off Oil". Bloomberg Businessweek. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 October 2016. Dicapai pada 17 October 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Jawatan politik
Didahului oleh
Putera Muhammad bin Nayef
Timbalan Perdana Menteri pertama Arab Saudi
21 Jun 2017 – kini
Diikuti oleh:
Incumbent
Didahului oleh
Putera Muhammad bin Nayef
Timbalan Perdana Menteri kedua Arab Saudi
29 April 2015 – 21 Jun 2017
Diikuti oleh:
Kosong
Didahului oleh
Putera Salman bin Abdulaziz Al Saud
Menteri Pertahanan Arab Saudi
23 Januari 2015 – kini
Diikuti oleh:
Masih menjabat
Didahului oleh
Khaled al-Tuwaijri
Ketua hakim Mahkamah Diraja
23 Januari 2015 – kini
Diikuti oleh:
Masih Menjabat
Kerabat diraja Arab Saudi
Didahului oleh
Putera Muhammad bin Nayef
Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi
29 April 2015 – 21 Jun 2017
Diikuti oleh:
Kosong
Didahului oleh
Putera Muhammad bin Nayef
Putera Mahkota Arab Saudi
21 Jun 2017 – kini
Diikuti oleh:
Masih Menjabat