Normadiah
Allahyarhamah
Normadiah | |
|---|---|
| Kelahiran | Edith Sumampouw 14 Ogos 1932 |
| Meninggal dunia | 8 Ogos 2000 (umur 67)[1] |
| Sebab kematian | Penyakit apendiks dan kencing manis |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
| Warganegara | Malaysia |
| Nama lain | Norma, Edith Sumampo |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, penari |
| Tahun aktif | 1953–1997 |
| Terkenal kerana | filem Seniati |
| Pasangan |
|
| Anak-anak | 5 (termasuk Azlina dan Liza Aziz) |
| Ibu | Suzanna Mathilde Huwaè |
| Bapa | Estefanus Louis Sumampouw |
| Hubungan |
|
Norma binti Abdullah, AMN, dilahirkan sebagai Edith Sumampouw, namun lebih dikenali sebagai Normadiah (14 Ogos 1932 – 8 Ogos 2000) merupakan seorang pelakon wanita Singapura–Malaysia. Beliau ialah anak kandung Estefanus Louis Sumampouw dan Suzanna Mathilde Huwaè. A. R. Tompel ialah orang yang bertanggungjawab menukarkan nama beliau dari Norma kepada Normadiah. Dilahirkan dari keluarga seni. Normadiah bukan sahaja berkebolehan berlakon tetapi juga menyanyi. Beliau juga diantara generasi pertama filem Melayu yang bertapak di Singapura.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Normadiah telah memulakan kerjaya seninya ketika berhijrah ke Singapura pada tahun 40-an. Pada awal pembabitannya dalam bidang seni, beliau menjadi guru tari dan penyanyi kumpulan bangsawan.
Kemudian setelah ramai pelakon-pelakon bangsawan beralih ke filem, beliau juga turut mencuba nasib dalam filem menerusi filem Seniwati arahan A. R. Tompel pada tahun 1953. Kemudian diikuti dengan filem Roh Membela, Sengsara, Empat Isteri, Siapa Salah, Panggilan Pulau, Semerah Padi, Bujang Lapok, Sumpah Wanita dan Kasih Tanpa Sayang. Sementara itu antara lakonan beliau pada era filem Melayu warna ialah Dia Ibuku, Sumpah Semerah Padi, Gila-Gila dan beberapa lagi.
Dalam dunia lakonannya selama lima dekad, beliau dianggap pelakon serba boleh kerana berjaya menjiwai pelbagai watak dengan cukup berkesan. Daripada watak menghayat hati sehinggalah ke watak wanita penggoda, beliau menjadi sebutan biarpun ada yang membenci wataknya.
Selain menjadi pelakon dengan Shaw Brothers, beliau banyak terlibat sebagai pereka tari tarian-tarian tradisional Melayu di dalam filem.
Normadiah juga turut menyanyi bersama-sama dengan P. Ramlee dalam filem Bujang Lapok, Panggilan Pulau, Perjodohan dan Siapa Salah.
Antara lagu-lagu yang dinyanyikan secara berduet bersama P. Ramlee adalah lagu Bulan dan Juga Angin, Mengapa Riang Ria, Kumbang dengan Bunga dan banyak lagi. Beliau juga merupakan ahli asal kumpulan Panca Sitara yang kemudian diganti oleh Saloma sehingga beliau menggantikannya semula selepas Saloma meninggal dunia.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Sepanjang kehidupan beliau, beliau pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan bersama suaminya yang ketiga iaitu seniman Aziz Jaafar, kekal hingga ke akhir hayat. Bersama Aziz Jaafar, beliau dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Azlina Aziz dan Liza Aziz. Kedua-dua anak beliau adalah penyanyi terkenal di Malaysia.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 8 Ogos 2000 di Hospital Assunta, Petaling Jaya ketika berusia 67 tahun kerana penyakit apendiks dan kencing manis. Beliau meninggal dunia 6 hari sebelum hari lahirnya kali ke-68 tahun.[2][3]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1953 | Seniati | Filem pertama | |
| Pachar Puteh | |||
| Dian | |||
| Sengsara | Faridah | ||
| Siapa Salah? | Noorma | ||
| 1954 | Panggilan Pulau | Jelita | |
| Perjodohan | Habibah | ||
| 1955 | Roh Membela | Rosnah | |
| Empat Isteri | Aminah | ||
| 1956 | Bernoda | Salmah | |
| Semerah Padi | Galak | ||
| Keadilan Illahi | Aishah | ||
| Keluarga Tolol | Norma | ||
| 1957 | Belantara | Melati | |
| Bujang Lapok | Cik Norma | ||
| Putera Bertopeng | Khadijah | ||
| 1958 | Kaki Kuda | Minah | |
| Doktor | |||
| Azimat | Sarah | Pengisi suara dialog untuk Sarah | |
| Sumpah Orang Minyak | Puteri Bunian | Pengisi suara dialog untuk Puteri Bunian | |
| 1959 | Dandan Setia | Penyair / Nenek Kebayan | |
| Saudagar Minyak Urat | Normah | ||
| Raja Laksamana Bentan | Tengku Wan Senari | ||
| 1960 | Lela Manja | Dang Suri | |
| Sumpah Wanita | Mak Labu | ||
| Pertarongan | Dang Nila | ||
| Megat Terawis | Tengku Kamariah | ||
| 1961 | Sri Tanjung | ||
| Panji Semerang | Paduka Liku | ||
| Ali Baba Bujang Lapok | Siti Aloyah | ||
| Si Tanggang | Dermai | ||
| 1962 | Lubalang Daik | Datin Wan Kembang | |
| 1963 | Kasih Tanpa Sayang | Wan Kalsom | |
| 1964 | Jeritan Batin | ||
| Siapa Besar | Sharipah | ||
| Mambang Moden | Esah | ||
| 1965 | Taqdir | Selasih | |
| Pusaka Pontianak | Salbiah | ||
| 1966 | Sri Andalas | Pemaisuri Kedua / Bonda Tiri | |
| Anak Buluh Betong | Dayang Wati | ||
| Aksi Kuching | Tipah | ||
| 1967 | Lampong Karam | Gusti | |
| 1968 | Ibulah Syurga | ||
| Raja Bersiong | Tukang Masak Istana | ||
| 1971 | Mat Karong Guni | Mak Nor | |
| Semusim Di Neraka | Filem terakhir di Singapura | ||
| 1976 | Hapuslah Air Matamu | Ibu Ani | |
| 1977 | Pendekar | ||
| 1978 | Si Badol | Isteri Orang Kaya | |
| Panglima Badol | Datin | ||
| 1979 | Gila-Gila | Datin | |
| 1979 | Dendang Perantau | Siti | Di samping Uji Rashid & Hail Amir |
| 1980 | Toyol | Normah | |
| 1981 | Si Luncai | Datin | |
| Dia Ibuku | Mak Hitam | ||
| Ribut Barat | Cik Puan Rokiah | ||
| 1982 | Penentuan | Mastura | |
| Anak Sulung Tujuh Keturunan | Timah | ||
| 1983 | Ke Medan Jaya | Mak Jah | |
| 1990 | Orang Kampung Otak Kimia | Normah | |
| 1997 | Layar Lara | Dirinya sendiri | Filem terakhir, penampilan khas |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 1987 | Mawas | Mak Temah | TV3 |
| 1992 | Daun Di Musim Luruh | ||
Televisyen
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 1975 | Seniman Silam Dalam Kenangan | Dirinya sendiri | Filem Negara Malaysia | Bersama Aziz Jaafar |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]- Menerima Anugerah Seniwati Sepanjang Zaman di Konsert Diva 2000 diadakan di Singapura.
| Tahun | Anugerah | Filem | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2001 | Anugerah Era | - | Anugerah Panggung Era | Menang |
| 1997/98 | Anugerah Binatang Popular Berita Hariaan | - | Anugerah Khas | Menang |
| 1986 | - | Anugerah Khas Pelakon Veteran | Menang | |
| 1983 | Ke Medan Jaya | Tercalon | ||
| 1982 | - | Anugerah Khas Juri bagi Rekaan Pakaian Tradisional Terbaik | Menang | |
| 1967/68 | Lampong Karam | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1966 | Aksi Kucing | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1964 | Siapa Besar | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1961 | Si Tanggang | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1960 | Lela Manja | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Menang | |
| 1957 | Bujang Lapok | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1956 | Semerah Padi | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1955 | Empat Isteri | Pelakon Wanita Terbaik | Menang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=artist&p=info&id=3810
- ↑ Allahyarham Normadiah terkilan tak dapat kerakyatan Malaysia Diarkibkan 2019-01-14 di Wayback Machine Utusan Malaysia. 13 Ogos 2000.
- ↑ Haliza Ahmad (9 Ogos 2000). "Passing of a legend". The Malay Mail. Dicapai pada 21 Disember 2021.