Pergi ke kandungan

Noran Nordin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Noran Nordin (1947 – 22 November 2004) ialah seorang pelakon filem Melayu arahan P. Ramlee.

Noran Nordin
Kelahiran
Noran binti Nordin

1947
Meninggal dunia22 November 2004(2004-11-22) (umur 56–57)
Terengganu, Malaysia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1966–1974
Terkenal keranaWatak Midah dalam filem Do Re Mi
PasanganOsman Maulud

Diusia muda ini, bakatnya sudah dikesan oleh seniman agung P. Ramlee ketika melakukan pementasan drama di sebuah sekolah di Ampangan Negeri Sembilan.

Beliau terkenal sebagai watak 'LING' iaitu isteri Re dalam filem Do Re Mi (1966) dan juga isteri Ibrahim Din dalam Anak Bapak (1968) terlebih dahulu telah berlakon dalam beberapa buah filem sebelum itu. Noran Nordin dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada tahun 1947, mula bergerak aktif dalam bidang lakonan drama pentas diwaktu persekolahan beliau.

Ketika Noran baru berusia 14 tahun, P. Ramlee telah diundang sebagai juri dalam satu pementasan drama, beliau terpandang lakonan Noran ketika itu lantas tertarik hati dengan bakat yang ditunjukkan oleh Noran. Selepas itu P. Ramlee telah menawarkan Noran untuk ujibakat di Singapura tetapi terpaksa ditolak, kerana masih bersekolah.

Pada tahun 1965, Noran yang ketika itu berusia 18 tahun berhijrah ke Kuala Lumpur apabila ditawarkan watak tambahan oleh P. Ramlee dalam filem Masam-Masam Manis. Selepas itu, Noran Nordin terus ditawarkan untuk berlakon dalam filem Bumiputra (1965). Noran mula menjadi pelakon yang sering muncul dalam filem filem keluaran Studio Merdeka.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1965 Masam-Masam Manis Hashim Filem pertama, pelakon tambahan
Bumiputra kawan Milah
1966 Gadis Langkawi
Do Re Mi Midah
1967 Keluarga 69 Siti Noraini
1968 Anak Bapak Edah
Lain Jalan Ka-Shorga Cik Leha
Gemiris Noriah
1970 Kembang Layu Norma
Dr. Rushdi Penampilan khas
Perintah Seri Paduka
1973 Dosa Remaja
1974 Jantina
Mastura Filem terakhir

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Selain berlakon, Noran Nordin turut berbakat dalam bidang nyanyian. Pada penghujung dekad 1960-an, beliau menyertai kugiran Dendang Remaja KL yang dipimpin oleh Osman Maulud. Kugiran tersebut sering diundang untuk membuat persembahan dan muncul dalam beberapa filem terbitan Studio Merdeka.

Noran kemudiannya berkahwin dengan Osman Maulud. Selepas mendirikan rumah tangga, pasangan itu berhijrah ke Seberang Takir, Terengganu, dan menetap di sana sehingga akhir hayat mereka.

Tahun Anugerah Filem Kategori Keputusan
1973/74 Festival Filem Malaysia Mastura Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
1969/70 Urusan Paduka Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
1967/68 Lain Jalan Ka -Syorga Pelakon Wanita Terbaik Menang


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]