Pergi ke kandungan

Yungblud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dominic Richard Harrison (lahir 5 Ogos 1997), lebih dikenali sebagai Yungblud, ialah seorang pemuzik dan pelakon British. Pada tahun 2018, beliau mengeluarkan EP sulungnya Yungblud, diikuti dengan album studio pertamanya 21st Century Liability . [1]

Yungblud membuat persembahan di Reading Festival, 29 Ogos 2021

Pada tahun 2019, beliau mengeluarkan EP keduanya, The Underrated Youth. Pada tahun berikutnya, beliau mengeluarkan album studio keduanya, Weird! , yang mencapai puncak Carta Album UK dan menduduki nombor 75 di Billboard 200 AS. [2]

Album ketiganya, bertajuk Yungblud seperti EP pertamanya, dikeluarkan pada tahun 2022 dan berjaya menduduki nombor 1 di Carta Album UK, nombor 45 di Billboard 200 dan nombor 7 di carta U.S. Top Rock Albums. [3] [4]

  1. ↑ Taylor, Sam (6 July 2018). "Yungblud has released his debut album, '21st Century Liability' – check it out". Read Dork.
  2. ↑ Copsey, Rob (23 October 2019). "Yungblud talks Underrated Youth EP: 'A tribute to individualism'". Official Charts Company. Dicapai pada 5 January 2020.

    - Blackburn, Stevie (20 October 2019). "EP REVIEW: Yungblud – The Underrated Youth". Dead Press!. Dicapai pada 5 January 2020.
  3. ↑ Jones, Alan (9 September 2022). "Charts analysis: Yungblud lands second No.1 album - Analysis". Music Week. Dicapai pada 14 January 2023.
  4. ↑ "Yungblud Earns First Billboard Top 10 Album Sales Record With Self-Titled Release". uDiscover Music. 15 September 2022. Dicapai pada 14 January 2023.