Amy Search
Amy Search | |
|---|---|
Amy Search beraksi di Konsert Search di Awan Biru pada 2009 | |
| Kelahiran | Suhaimi bin Abdul Rahman 28 Julai 1958 |
| Pekerjaan | Pemuzik, penyanyi, penulis lirik, pelakon |
| Tahun aktif | 1970–kini |
| Pangkat | Raja Rock Malaysia |
| Pasangan |
|
| Anak-anak |
|
| Ibu bapa |
|
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Rock, Hard rock, Heavy metal, Glam metal, Pop rock |
| Alat muzik | Vokal, gitar |
| Diskografi | Lihat: Amy discography (en) |
| Syarikat rakaman |
|
| Kegiatan berkaitan | Search, Titanic, Soft White Eyes |
Datuk Haji Suhaimi bin Haji Abdul Rahman (lahir 28 Julai 1958) atau lebih dikenali sebagai Amy Search merupakan seorang pemuzik, penyanyi, penulis lagu dan pelakon lelaki Malaysia, terkenal sebagai vokalis utama selaku pengasas dan ketua utama kumpulan Search, Search merupakan band rock Malaysia paling berpengaruh di Malaysia dan merupakan kumpulan rock no 2 Malaysia, Search, yang telah menerbitkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu dan single yang terlaris, dan puluhan konsert yang sering terjual habis tiketnya. Selain itu, beliau juga bergiat aktif dalam bidang lakonan, antara filem lakonannya termasuk Kembara Seniman Jalanan (1986) dan Fenomena (1990).[1] Sepupu beliau, Amir Pearl atau nama penuhnya Dato' Seri Mohd Amir Mohd Esa merupakan seorang vokalis dari Kumpulan Pearl yang popular dengan lagu hits Aku Tak Bersalah di awal tahun 90an.
Kerjaya muzik
[sunting | sunting sumber]Pada mulanya, Datuk Amy bekerja sebagai seorang seorang penala piano sebelum menjadi penyanyi utama dan pemain gitar bersama dua rakan sekolahnya untuk menubuhkan kumpulan The Detours Brothers pada tahun 1970-1972. Kemudian Amy menjadi pemain gitar irama untuk menubuhkan kumpulan Soft White Eyes yang diketuai oleh yang diketuai oleh tiga orang iaitu Umarul yang merupakan pemain gitar utama Kumpulan Iklim (gitar utama), Ramli M. S. (penyanyi utama), Normala Omar (keyboard), Dian P. Ramlee (gitar bes) dan Yantzen (dram) pada tahun 1972. Kemudian pada tahun 1975, Normala menarik diri daripada kumpulan itu kerana mereka mahu berkahwin manakala Ramli pula meninggalkan kumpulan disebabkan vokalnya tidak begitu mantap dan ada juga yang mengalami kerosakan pada peti suara dan tidak lagi menjadi penyanyi utama kerana menjadi pemuzik dan kekosongan itu digantikan oleh Amy menggalas posisi sebagai penyanyi utama dan kekal menjadi pemain gitar irama. Kemudian pada tahun 1976 Amy menarik diri daripada kumpulan itu dan kekosongan itu digantikan oleh Umarul menggalas posisi sebagai penyanyi utama dan kekal menjadi gitaris tunggal. Selepas Amy keluar dari Soft White Eyes, ekoran dari Amir meninggalkan kumpulan The Vision Teenager Section dan Hillary Ang menggalas posisi sebagai pemain gitar utama, Amy telah bertemu dengan Yazit, Hillary, Memek dan Man Greng untuk menyertai kumpulan The Vision Teenager Section dan bertukar namanya menjadi The Second Traffic Jam. Bagaimanapun, tidak lama kemudian anggota The Second Traffic meninggalkan dari Johor itu untuk bermain muzik di sebuah kelab di Segamat. Pada tahun 1979, anggota The Second Traffic Jam berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bermain muzik di kelab Red Rooster. Kemudian pada tahun 1980, Amy dan Man Greng meninggalkan kumpulan itu dan kekosongan itu digantikan oleh Zainal sebagai penyanyi utama telah menyertai kumpulan itu manakala Memek pula diserap sebagai pemain bes sementera Yazit dan Hillary dua anggota kumpulan yang tinggal dan menukar namanya menjadi Cobra Eyes dan Flash. Selepas itu, Amy telah bertemu dengan Awang (gitar), Yus (keyboard), Syed (bes) dan Tono (dram) untuk menumbuhkan Kumpulan Titanic pada tahun 1980 dan berkubur pada tahun 1981 sekaligus menghidupkan kembali pada tahun 1983. Amy dan dijemput dua orang itu, Nasir dan Din untuk menyertai kumpulan Flash seterusnya mereka menukar nama kepada menubuhkan nama Kumpulan Search bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi dan pemain gitar irama sejak 1981. Apabila Zainal meninggalkan Flash (Search), Datuk Amy menjadi penyanyi utama dan tamborin selaku ketua kumpulan dan pengasas kumpulan manakala dua orang itu Din sebagai pemain gitar irama dan Nasir Daud sebagai pemain gitar bes sebelum dia menarik diri dan meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo.[2]
Kumpulan Search juga tidak lari dari mengalami perpecahan. Paling tidak dapat diterima oleh peminat setia mereka ialah pengunduran Datuk Amy sekitar tahun 1996 dari Kumpulan Search membuatkan ramai peminat mereka kecewa kerana waktu itu Kumpulan Search sudah bertapak lebih 10 tahun dalam industri muzik tempatan dan di antara kumpulan rock paling lama bertahan di Malaysia. Datuk Amy mengambil keputusan untuk meninggalkan Kumpulan Search lalu menerbitkan album solo yang keduanya iaitu Camouflage. Sebelum Datuk Amy keluar Search beliau juga pernah merakamkan album solo yang pertama yang diberi judul Magic.[3]
Setelah beberapa tahun bergerak secara solo timbul pula hasrat Datuk Amy bersama Kumpulan Search untuk membuat penyatuan semula. Ekoran dari kejayaan Datuk Amy membuat penyatuan semula bersama Search maka ramai artis yang dulu berkumpulan membuat penyatuan semula bersama kumpulan asal mereka seperti Datuk Nash bersama Kumpulan Lefthanded, Yantzen bersama Kumpulan Rusty Blade, Datuk Awie bersama Kumpulan Wings, Joey bersama Kumpulan Bumi Putra Rockers, Mus bersama Kumpulan May, Mael bersama Kumpulan XPDC, Isa Rahman bersama Handy Black, Allahyarham Saleem bersama Kumpulan Iklim, Zarith bersama Kumpulan Mega, Oney bersama Kumpulan Lipan Bara dan ramai lagi.[4]
Pada tahun 2008, Datuk Amy mencuri perhatian media Nusantara dengan meluahkan perasaan tidak senang hati atas kecenderungan stesen radio Malaysia yang seakan-akan mengutamakan lagu Indonesia.[5]
Pada 30 Mac 2020, beliau mengumumkan pengundurannya sebagai vokalis Search buat kali kedua, sambil menyifatkan kualiti vokal sebagai punca utama.[6] Beliau dilaporkan tidak akan terlibat dalam mana-mana konsert Search pada masa depan.[7]
Kerjaya lakonan
[sunting | sunting sumber]Amy memulakan kerjaya lakonan pada 1986 menerusi filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani.[8]
Pada tahun 2010, Amy membintangi pementasan muzikal Suatu Masa: Amy yang "bukan berbentuk rock" di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Mac.[9] Muzikal anjuran Mentari Channel Network yang mengambil masa sejam 45 minit untuk setiap pementasan ini dijayakan bersama iringan muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, dengan ciri-ciri monolog yang penuh emosi.[10]
Bakat
[sunting | sunting sumber]Pengaruh
[sunting | sunting sumber]Amy diilhamkan Freddie Mercury, John Lennon, Paul McCartney, Elvis Presley, Robert Plant, Sting, Brian Wilson, Geddy Lee, Mick Jagger, David Bowie, Dan McCafferty, Janis Joplin, Steven Tyler, Elton John, Rod Stewart, Ian Gillan, Frank Zappa, Roger Daltrey, Jimi Hendrix, Jim Morrison, Rory Gallagher, Don Henley, Jeff Lynne, Johnny Cash, Frank Sinatra, Jimmy Scott, Etta James, Fiona Apple, Chrissie Hynde, Stevie Wonder, dan James Brown sebagai antara penyanyi kegemarannya.
Profil dan keupayaan vokal
[sunting | sunting sumber]Diklasifikasikan sebagai bersuara “Serak-serak Basah”, beliau ialah salah seorang penyanyi rock bersama kumpulan Search yang terbaik Malaysia yang memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik, anugerah Malaysia yang bersamaan dengan Anugerah Grammy di Amerika Syarikat.
Adjie Esa Poetra, seorang pengajar vokal Indonesia menyifatkan suara serak tingginya sebagai "Beliau (Amy Search) sangat berhati-hati dan tidak pernah gagal dalam penghasilan nada dan dia dapat menghasilkan nada yang paling seni dan indah yang mungkin.... Dalam mana-mana lagu, dia boleh menyanyi dengan meringankan tetapi berkuasa selain memiliki lebih daripada empat oktaf pelbagai vokal serak.
Salah satu lagunya paling rumit untuk dipersembahkan adalah "Tiada Lagi", sebuah lagu dari Mayangsari dipengaruhi Jepun di mana ia memerlukan Amy bermain peralihan falsetto dan nada vokal serak tinggi dan jarang dipersembahkan secara langsung.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau mendirikan rumahtangga yang pertama bersama Faridah, (1983-1985), dan bercerai kemudian berkahwin pula dengan Noorliza Abdul Latiff, (1990-1994). Sekali lagi rumahtangga Amy dilanda krisis dan berpisah lalu Amy mengahwini Roslisa Ahmad, sekali lagi Amy dilanda ujian dalam rumahtangganya membuatkan mereka berpisah lagi hinggalah berjumpa dengan Norhasniza "Nourish" Hassan yang berasal dari Melaka kekal hingga kini.[11] Hasil perkahwinan Amy beliau telah dikurniakan 5 orang cahaya mata semuanya iaitu Nabila Huda (1984), Irisha Myra (1997), Alexander Zulkarnain (2004), Sania Samara (2005) dan yang bongsu Qaqa At-Tameemi (2009). Isterinya, Nourish mengalami keguguran ketika hamil empat bulan.[12]
Beliau ialah seorang penggemar kopi dan teh tarik dan melancarkan jenama teh beliau yang diberi nama Phewiiit!. Amy berkata: "Kepada peminat rock, bersedia untuk Teh Tarik Phewiiit ! istimewa saya. Ini sesuatu yang saya selalu mahu lakukan, kerana saya seorang pencinta Kop . Dari zaman awal saya sebagai seorang pemuzik yang bercita-cita, kepada penyanyi rock, kopi tidak pernah lekang dengan jiwa saya selepas kerja keras seharian".[13]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album
[sunting | sunting sumber]
ALBUM SOLO
- Magic (1994)
- Camouflage (1997)
- Aku (1999)
- Suatu Masa (2000)
- IKON - A Rockstar Chronicle (2006)
ALBUM SEARCH
- Cinta Buatan Malaysia (1985)
- Langit Dan Bumi (1986)
- Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)
- Di Pintu Sepi (1988)
- Berpaling (1988)
- Fenomena (1989)
- Search Live (1989)
- Karisma (1990)
- Sepuluh Tahun (1991)
- Rampage (1992)
- Double Trouble, bersama Wings (1992)
- Terbaik (1994)
- Gema Di Timur Jauh (1995)
- Gema Di Timur Jauh "Unplugged" (1995)
- Rock 'N' Roll Pie (1996)
- Rock N' Roll Pie Live N' Loud (1997)
- Double Trouble 2, bersama Wings (1998)
- Rockestra (2001)
- Gothik Malam Edan (2006)
- Konsert Rock Search Evolusi 2004 (2007)
- Live at Planet Hollywood (2007)
- Double Trouble Concert SEARCH & WINGS (2010)
- Katharsis (2017)
SINGLE
- Cinta Kita (1991- duet bersama Inka Christie)
- Nafas Cinta (1991- duet bersama Inka Christie)
- Isabella '98 (1998 Duet Amy , Jamal Abdillah , Saleem & Zamani )
- Jangan Pisahkan (2003 duet bersama Inka Christie)
- Sesat Di Kuala Lumpur (2006 Duet Amy Search & Saleem Iklim )
- Petanda (2010- duet bersama Karl Cromok)
- Songo (2008)
- Di Buku Ini (2003 duet bersama Inka Christie)
- Akulah Pejuang (2010 OST Impak Maksima)
- Isabella (2010 duet Joe Flizzow)
- Kita Tetap Menang (2010 duet bersama Joe Flizzow untuk Johor Darul Takzim FC)
- Simetri (2011-duet bersama Hazama)
- Rentak Laguku (2014- duet bersama Bunkface)
- Redha Kemenangan (2015-duet bersama Edrie Hashim untuk OST BRAVO 5)
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1986 | Kembara Seniman Jalanan | Dirinya sendiri | Filem pertama, pelakon undangan |
| 1987 | Rozana Cinta 87 | Pelakon undangan | |
| Sayang | Rizal | ||
| Kepala Angin | — | Penyanyi latar | |
| 1990 | Fenomena | Suhaimi | |
| Isabella | Amy | Filem usahasama Malaysia - Indonesia | |
| 2005 | Rock | Juri 1 | Penampilan khas |
| 2010 | Lu Pikirlah Sendiri de Movie | Driver Lori Ayam | |
| 2024 | Tan-Ti-Ana | Dirinya sendiri | |
| 2026 | 5 Bomoh | Bomoh Alami | |
Drama
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2000 | Spanar Jaya | Dirinya sendiri | ntv7 | Sitkom, pelakon undangan |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2017 | Asam Pedas Pewitt | Amy | TV3 | Telefilem pertama |
Dalam budaya masyhur
[sunting | sunting sumber]Amy Search diabadikan dalam bentuk kartun lukisan Lat dalam komik karya Lat, Lat as Usual yang diterbitkan pada 1990 oleh Berita Publishing.
Anugerah dan Penghargaan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 1995 | Magic | Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album | Menang |
| Saat Ku Idamkan | Video Muzik Terbaik | Tercalon | |
| Magic | Album
Rock Terbaik |
Tercalon | |
| 1996 | Gema Di Timur Jauh | Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album | Tercalon |
| 1997 | Rock & Roll Pie | Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album | Tercalon |
| 1998 | Camouflage | Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album | Tercalon |
| Album Rock Terbaik | Menang | ||
| Album Terbaik | Tercalon | ||
| 2000 | Aku | Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album | Tercalon |
| Album Rock Terbaik | Menang | ||
| Album Terbaik | Tercalon | ||
| 2001 | Suatu Masa | Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album | Menang |
| Album Rock Terbaik | Tercalon |
Anugerah Planet Muzik
| Tahun | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|
| 2000 | Artis Lelaki Serantau Popular | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
| Tahun | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|
| 2000 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
| 2009 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
| Tahun | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|
| 1997 | Personaliti Seksi | Tercalon |
- Anugerah Cakera Platinum Berkembar Tiga, album Karisma terjual melebihi 170,000 unit di Malaysia (1991)
Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]
Melaka :
Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) - Datuk (2022) [14]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- ↑ Ketika Band Malaysia Kuasai Musik Indonesia KapanLagi.com (30 Jun 2012). Dicapai pada 18 Ogos 2012.
- ↑ Bissme S. (13 April 2009). "Search still on". The Sun. Dicapai pada 22 Januari 2010.
- ↑ Lim, Elaine (27 Ogos 1990). "Pulling 'em in with Search and hype". New Straits Times (Times Two). m/s. 25. Dicapai pada 19 Januari 2010.
- ↑ Abd Aziz Itar (4 Ogos 2009). "Sayang sistem bunyi 'hancur'". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-12. Dicapai pada 22 Januari 2010.
- ↑ Ary Hermawan dan Desy Nurhayati (5 September 2008). "Malaysia, Indonesia quarrel turns to music". The Jakarta Post. Dicapai pada 19 Januari 2010.
- ↑ Sylvia Looi (30 Mac 2020). "Malaysian rocker Amy leaves group Search, again". The Malay Mail. Dicapai pada 31 Mac 2020.
- ↑ Sylvia Looi (25 Februari 2020). "Amy Search will not be taking part in the group's concert next month due to other commitments". The Malay Mail. Dicapai pada 31 Mac 2020.
- ↑ Kembara Seniman Jalanan masih relevan? Nasir Jani. Sinar Harian. Dicapai pada 22 Februari 2016.
- ↑ Rizal Johan (20 Januari 2010). "Amy Search turns to musical". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-27. Dicapai pada 22 Januari 2010.
- ↑ Nur Aqidah Azizi (5 April 2010). "Search no further for Amy". Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-09. Dicapai pada 5 April 2010.
- ↑ Dennis Chua (6 Mei 2019). #Showbiz: I didn't marry Amy because he was rich, says Search singer's wife Nourish New Straits Times. Dicapai pada 18 Ogos 2019.
- ↑ Dennis Chua (5 Julai 2018). #Showbiz: 'The heartbeat eventually stopped' - Amy Search's wife suffers miscarriage New Straits Times. Dicapai pada 18 Ogos 2018.
- ↑ Dennis Chua (24 Mac 2017). Teh tarik from Amy Search New Straits Times. Dicapai pada 18 Ogos 2017.
- ↑ Tazali, Muhammad Shahizam (24 Ogos 2022). "PM ketuai 883 penerima Darjah Kebesaran Melaka, Amy Search kini bergelar Datuk". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 Ogos 2022.
{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)