Pergi ke kandungan

Hipostil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tiang-tiang tengah Dewan Hipostil Besar di Kuil Karnak, Mesir

Dalam seni bina, dewan hipostil mempunyai bumbung yang disokong oleh tiang.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Istilah hipostil datang daripada Inggeris hypostyle, yang berasal daripada bahasa Yunani kuno ὑπόστυλος hypóstȳlos yang bermaksud "di bawah tiang" (ὑπό hypó bermaksud di bawah dan στῦλος stŷlos bermaksud tiang).[1]

Pilihan teknikal

[sunting | sunting sumber]

Bumbung boleh dibina dengan ambang daripada batu, kayu atau bahan keras lain seperti besi tuang, keluli atau konkrit bertetulang. Boleh juga ada siling. Tiang-tiang mungkin sama tinggi atau, seperti di Dewan Hipostil Agung di Karnak, tiang-tiang yang mengapit bahagian tengah mungkin lebih tinggi daripada tiang-tiang di lorong sayap. Ini membolehkan adanya bukaan pada dinding di atas tiang-tiang yang lebih kecil, supaya cahaya boleh masuk dari bumbung lorong melalui tingkap cahaya atasan.[2]

Bentuk seni bina ini mempunyai banyak kegunaan, termasuk di ruang cella kuil Yunani purba dan di banyak bangunan Asia, terutamanya yang dibina daripada kayu.

Dewan solat hipostil dalam Masjid Agung Kairouan, di Tunisia

Dengan gabungan tiang dan gerbang, dewan hipostil menjadi salah satu daripada dua jenis utama binaan masjid. Di banyak masjid, terutama masjid-masjid jemaah awal, dewan solat berbentuk hipostil.[3] Salah satu contoh terbaik masjid berpelan hipostil ialah Masjid Agung Kairouan (juga dikenali sebagai Masjid Uqba) di bandar Kairouan, Tunisia.[4][5]

References

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ "Hypostyle", Random House Dictionary (unabridged) 2011.
  2. ↑  Satu atau lebih ayat sebelumnya menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Hypostyle". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Jil. 14 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 208.
  3. ↑ Fred S. Kleiner, Gardner's art through the ages : the western perspective, Cengage Learning, 2010, p. 265
  4. ↑ Fred S. Kleiner, Gardner's art through the ages : the western perspective, p. 267
  5. ↑ Kenneth Hayes (2010). "The Wooden Hypostyle Mosques of Anatolia: Mosque- and State-Building under Mongol Suzerainty" (PDF). Middle East Technical University, Ankara, Turkey. m/s. 18–19, 20 etc. Dicapai pada 27 Februari 2015. (ms 18–19) Kaabah pada peringkat awal juga mempunyai tiang-tiang kayu. … Selepas bangunan itu musnah dalam kebakaran ketika penaklukan al-Haram, Ibnu Zubair … meletakkan tiga tiang kayu jati dalam satu baris. (ms 20) Masjid di Kufah menjadi begitu berpengaruh sehingga masjid hipostil kemudiannya biasanya dikenali sebagai masjid jenis Kufah atau jenis Kufi.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)