Pergi ke kandungan

SKE48

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SKE48
Maklumat latar belakang
AsalNagoya, Jepun
Genre
Tahun aktif2008 (2008)–kini
DiskografiLihat: SKE48 discography (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat rakaman
Subkumpulan/subunit bagiKumpulan AKB48 Sunting nilai ini di Wikidata
Anggota semasaTeam S Details
Team KII Details
Team E Details
Pautan berkaitan
Tapak sesawangske48.co.jp
Tanda pagarSKE48 Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainSpotify: 5G8OLQcvoCxiMQzwEcuWeN Deezer: 10964994 Last.fm: SKE48 MusicBrainz: ed8bb1d2-3a58-446c-8faa-456cf3002243 Discogs: 2513709 AllMusic: mn0002903662
X: ske48official Instagram: official_ske48 YouTube: UCG-5D9k_fL4FnMeNuraeAtA TikTok: ske48official Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

SKE48 (disebut S.K.E. Forty-Eight) ialah sebuah kumpulan kumpulan idola wanita Jepun yang diasaskan oleh penerbit muzik dan penulis lirik terkenal, Yasushi Akimoto. Kumpulan ini berpangkalan di Sakae, Nagoya dalam Wilayah Aichi, Jepun, di mana nama "SKE" itu sendiri diambil sempena singkatan nama daerah berkenaan. Ditubuhkan secara rasmi menerusi pengumuman anggota generasi pertama pada 30 Julai 2008, kumpulan ini memulakan persembahan pentas sulung mereka di Teater SKE48 yang terletak di pusat beli-belah Sunshine Sakae pada 5 Oktober 2008.

Kumpulan ini beroperasi di bawah konsep "idola yang boleh ditemui", yang membolehkan para peminat berinteraksi secara dekat dengan anggota kumpulan menerusi persembahan rutin di teater khas serta acara bersalaman. Di dalam Kumpulan AKB48, SKE48 sangat dikenali dengan imej persembahan pentas yang menampilkan gerakan tarian yang sangat bertenaga, lincah, dan berdisiplin tinggi.

Dari segi pengurusan, SKE48 kini diuruskan oleh Zest Inc. (sebuah anak syarikat di bawah KeyHolder) dan sedang melalui proses penstrukturan semula di bawah agensi khusus, SKE Co., Ltd. Bagi urusan rakaman album dan single, kumpulan ini telah mengikat kontrak bersama syarikat rakaman Avex Trax sejak tahun 2011, setelah sebelum ini pernah bernaung di bawah label Lantis dan Nippon Crown.

SKE48 ditubuhkan secara rasmi pada 30 Julai 2008 melalui pemilihan 22 orang anggota generasi pertama. Kumpulan ini membuat penampilan sulung di khalayak ramai pada 23 Ogos 2008 semasa konsert AKB48, sebelum memulakan pementasan teater pertama mereka yang bertajuk PARTY ga Hajimaru yo pada 5 Oktober 2008. Pada bulan yang sama, salah seorang anggotanya, Jurina Matsui, telah melakar sejarah apabila dipilih sebagai posisi tengah (center) bagi single ke-10 AKB48, Oogoe Diamond. Pemilihan tersebut menjadikannya sebagai anggota kumpulan saudara pertama yang diberikan kepercayaan mengetuai posisi utama dalam diskografi AKB48.

Fasa pembentukan struktur kumpulan bermula dengan penubuhan Team S pada Mac 2009, yang kemudiannya diikuti oleh pembentukan Team KII pada Mei 2009. Menjelang Disember 2010, Team E pula ditubuhkan secara rasmi yang dianggotai oleh para pelatih (Kenkyuusei). [1] SKE48 melancarkan single sulung mereka yang bertajuk Tsuyokimono yo] pada 5 Ogos 2009 di bawah label Lantis. Pada penghujung tahun 2009, beberapa orang anggota utama kumpulan termasuk Jurina Matsui, Rena Matsui, dan Kumi Yagami telah dijemput untuk beraksi dalam rancangan televisyen berprestij NHK Kohaku Uta Gassen buat pertama kali sebagai sebahagian daripada persembahan AKB48.

Tahun 2011 menyaksikan lonjakan komersial SKE48 apabila single kelima mereka, Banzai Venus (Mac 2011), berjaya merangkul kedudukan pertama dalam Carta Mingguan Oricon. Pencapaian ini memulakan dominasi SKE48 di mana semua single berikutnya, bermula daripada Pareo wa Emerald, konsisten menduduki carta teratas tersebut. Pada November 2011, pengurusan kumpulan telah dialihkan daripada Pythagoras Promotion kepada agensi AKS. Seiring dengan perubahan itu, label rakaman mereka turut berpindah ke bawah naungan Avex Trax.

SKE48 terus memantapkan kedudukan mereka pada tahun 2012 dengan penganjuran konsert berskala besar di Nippon Gaishi Hall yang dihadiri oleh 16,000 orang peminat pada bulan April. Pada 19 September 2012, kumpulan ini melancarkan album studio pertama mereka berjudul Kono Hi no Chime wo Wasurenai serentak dengan peluncuran single ke-10, Kiss datte Hidarikiki. Seterusnya, Teater SKE48 di Sunshine Sakae telah dibuka semula pada 9 Disember 2012 selepas melalui proses pengubahsuaian struktur yang besar bagi menjadikannya sebuah ruang persembahan eksklusif. Kumpulan ini menutup tirai tahun 2012 dengan pencapaian tertinggi apabila menerima jemputan untuk membuat penampilan solo sulung mereka di acara NHK Kohaku Uta Gassen ke-63 pada 31 Disember, di mana seramai 62 orang anggota telah mempersembahkan lagu Pareo wa Emerald.

Fasa perkembangan SKE48 pada tahun 2013 bermula dengan pelantikan Shiba Tomoya sebagai Pengurus Teater SKE48 yang baharu pada bulan Januari. Dari segi pencapaian diskografi, single ke-11 mereka yang bertajuk Choco no Dorei mencatatkan rekod jualan luar biasa apabila terjual melebihi 500,000 unit dalam tempoh minggu pertama peluncurannya. Seterusnya, SKE48 melalui proses rombakan pasukan (kumigae) buat pertama kali pada April 2013 yang menyaksikan pelantikan Yuuka Nakanishi sebagai kapten keseluruhan SKE48 yang pertama. Menerusi struktur baharu ini, Team S diterajui oleh Yuuka Nakanishi, Team KII diketuai oleh Akane Takayanagi, manakala Rena Matsui memimpin Team E, sebelum masing-masing memulakan pementasan teater baharu seperti RESET dan Theater no Megami pada bulan Julai. Aktiviti luar kumpulan turut diperluas menerusi kemunculan sulung mereka dalam festival Mihama Kaiyuusai serta penganjuran siri jelajah solo SKE Tou Kekkhi Shuukai yang merentasi bandar Kobe dan Yokohama.

SKE48 melakar sejarah penting pada 1 dan 2 Februari 2014 apabila berjaya merealisasikan impian mengadakan konsert solo di Nagoya Dome yang dihadiri oleh 66,000 orang peminat sepanjang dua hari penganjurannya. Pencapaian ini meletakkan SKE48 sebagai kumpulan saudara pertama dalam Kumpulan AKB48 yang berjaya menganjurkan konsert solo di stadium kubah (dome) berkenaan. Dinamika kumpulan berubah secara drastik susulan acara AKB48 Group Daikumigae Matsuri pada akhir bulan Februari yang menyaksikan perpindahan Yuria Kizaki ke AKB48, manakala beberapa orang anggota seperti Sumire Sato, Mina Oba, dan Marika Tani telah ditukarkan masuk menjadi anggota tetap SKE48. Pada masa yang sama, Rena Matsui turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila memulakan peranan sebagai anggota sebahagian (concurrent) dalam kumpulan pesaing rasmi, Nogizaka46. Memasuki bulan November 2014, SKE48 melancarkan siri jelajah kebangsaan berskala besar yang merentasi 47 wilayah di Jepun, bermula di Toyohashi, Wilayah Aichi.

Pada Februari 2015, SKE48 meluncurkan filem dokumentari sulung mereka yang bertajuk Idol no Namida DOCUMENTARY of SKE48 bagi memperingati naratif sejarah enam tahun penubuhan kumpulan tersebut. SKE48 kemudiannya mempamerkan dominasi yang kuat dalam Pilihan Raya Senbatsu AKB48 ke-7 apabila berjaya menempatkan seramai 27 orang anggota ke dalam senarai ranking, sekali gus mengatasi jumlah perwakilan kumpulan induk AKB48 buat kali pertama. Walau bagaimanapun, tahun 2015 juga menjadi tahun perpisahan buat SKE48 apabila salah seorang anggota perintis paling berpengaruh, Rena Matsui, mengumumkan graduasi beliau pada bulan Ogos menerusi sebuah konsert perpisahan besar di Stadium Toyota yang dihadiri oleh 45,000 orang penonton. Bagi memastikan kelangsungan kumpulan pasca-graduasi tokoh penting berkenaan, SKE48 mengumumkan pembentukan lima unit sampingan baharu menjelang sambutan ulang tahun ke-7 mereka pada Oktober 2015, termasuk unit Love Crescendo yang bertujuan untuk mengetengahkan bakat-bakat daripada generasi muda.

Pada Mac 2016, SKE48 menganjurkan konsert graduasi untuk Sae Miyazawa di Nippon Gaishi Hall. Kumpulan ini terus memamerkan taringnya dalam Pilihan Raya Senbatsu AKB48 ke-8 apabila seramai 20 orang anggota berjaya memasuki ranking, termasuk Jurina Matsui di tempat ke-3 dan Akari Suda di tempat ke-7. SKE48 kemudiannya meluncurkan album studio kedua mereka bertajuk Kakumei no Oka pada 22 Februari 2017. Momentum kejayaan diteruskan dalam Pilihan Raya Senbatsu ke-9 apabila SKE48 memonopoli lima daripada 16 kedudukan teratas, sebelum melancarkan single ke-21 mereka, Igai ni Mango, pada bulan Julai tahun yang sama.

Tahun 2018 melakar sejarah emas buat SKE48 dalam acara Pilihan Raya Senbatsu Dunia (World Senbatsu Sousenkyo) apabila Jurina Matsui merangkul tempat pertama dan Akari Suda di tempat kedua. Pencapaian "One-Two Finish" ini diraikan serentak dengan ulang tahun ke-10 penubuhan kumpulan. Pada November 2018, AKS mengumumkan pemindahan hak pengurusan SKE48 kepada syarikat KeyHolder. Menjelang 1 Mac 2019, anak syarikat KeyHolder yang dinamakan SKE Co., Ltd. mengambil alih pengurusan secara rasmi, sebelum dijenamakan semula sebagai Zest Inc. pada Julai 2019. Pada bulan yang sama, kapten kumpulan Makiko Saito dilantik sebagai Pengurus Teater SKE48 yang baharu, disusuli peluncuran single ke-25 bertajuk FRUSTRATION yang menampilkan Nao Furuhata sebagai posisi tengah.

Penularan pandemik COVID-19 bermula Februari 2020 telah memaksa Teater SKE48 menghentikan operasi persembahan fizikal sebelum beralih kepada penstriman dalam talian, dan hanya membenarkan kemasukan penonton secara terhad pada Oktober 2020. Tahun 2021 menyaksikan berakhirnya satu era legasi kumpulan apabila dua tokoh utama, Jurina Matsui dan Akane Takayanagi, mengumumkan graduasi mereka secara rasmi pada 30 April 2021. Kelangsungan kumpulan seterusnya digerakkan oleh kemasukan anggota generasi ke-10, termasuk Mirei Hayashi yang melakar kejayaan sebagai posisi tengah (center) termuda menerusi single Ano Koro no Kimi wo Mitsuketa.

Fasa kebangkitan pasca-pandemik menyaksikan pasukan-pasukan di bawah SKE48 menerima barisan persembahan teater original yang baharu setelah sekian lama menanti. Team S memulakan pementasan Ai wo Kimi ni, Ai wo Boku ni (terbitan Tetsuya Komuro) pada Mei 2022, disusuli Team KII dengan Jikan ga Nai (Disember 2022), dan Team E melalui Koe Dashite Ikoze!!! (Julai 2023). Dalam tempoh ini juga, anggota veteran yang merupakan personaliti televisyen popular, Akari Suda, menamatkan kerjayanya sebagai idola pada November 2022.

Pada Mac 2024, SKE48 mengambil langkah menstruktur semula organisasi dengan memansuhkan sistem Pengurus Teater, menyaksikan Makiko Saito melepaskan jawatan tersebut. Rombakan pasukan (kumigae) dilaksanakan pada akhir tahun 2024 dan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Januari 2025, yang membawa kepada pelantikan ketua pasukan baharu iaitu Honoka Aikawa (Team S), Miki Ito (Team KII), dan Kimie Akabori (Team E). Seterusnya, Chikako Matsumoto telah dilantik sebagai Kapten SKE48 yang ke-3 pada Julai 2025 bagi menggantikan Makiko Saito.

Sebagai pengiktirafan kepada pengaruh budaya mereka di wilayah asal, SKE48 telah dilantik sebagai pendukung rasmi bagi temasya Sukan Asia 2026 yang berlangsung di Aichi-Nagoya. [2] Kumpulan ini terus memperkasakan barisan anggotanya menerusi pengenalan generasi ke-14 pada Jun 2026. Setakat pertengahan tahun 2026, SKE48 kekal aktif dalam industri muzik dengan kekuatan sekitar 42 orang anggota rasmi serta 16 orang pelatih (Kenkyuusei), di samping mengekalkan reputasi persembahan tarian yang bertenaga menerusi peluncuran karya terbaharu seperti single ke-36, Sandal daze.

Sehingga 27 Jun 2026 [3]

Pasukan ini diketuai oleh Honoka Aikawa sebagai pemimpin (leader) dan Haruka Kumazaki sebagai naib pemimpin, manakala kuning merupakan warna rasmi bagi pasukan ini.

Nama Tarikh lahir (umur) Tempat lahir Generasi Nota
Honoka Aikawa (相川暖花) 22 Oktober 2003 (umur 22) Aichi 7 Pemimpin Team S
Yuzuki Ishiguro (石黒友月) 11 Oktober 2003 (umur 22) Aichi 8
Kokomi Ito (伊藤虹々美) 8 Disember 2008 (umur 17) Nagano 12
Sayaka Iriuchijima (入内嶋涼) 13 Mei 1999 (umur 27) Kanagawa 9
Haruka Kumazaki (熊崎晴香) 10 Ogos 1997 (umur 29) Aichi 6 Naib Pemimpin Team S
Ami Kurashima (倉島杏実) 28 Jun 2005 (umur 21) Kanagawa 8
Tsubaki Kuwahara (桒原椿) 25 Februari 2006 (umur 20) Saga 13
Marin Sakamoto (坂本真凛) 2 Februari 2002 (umur 24) Aichi 8
Riina Sugimoto (杉本りいna) 20 September 2008 (umur 18) Aichi 11
Kokona Suzuki (鈴木恋奈) 28 Disember 2003 (umur 22) Gifu 9
Miyo Nomura (野村実代) 1 Januari 2003 (umur 23) Aichi 8
Yune Hara (原優寧) 23 November 2001 (umur 24) Fukuoka 11
Miyu Matsukawa (松川みゆ) 15 April 2008 (umur 18) Aichi 12
Koko Minamisawa (南澤恋々) 26 Oktober 2007 (umur 18) Nagano 12
Sakura Yamamura (山村さくら) 20 September 2006 (umur 20) Aichi 11

Pasukan ini diketuai oleh Miki Ito sebagai pemimpin (leader) dan Natsuki Kamata sebagai naib pemimpin, manakala merah merupakan warna rasmi bagi pasukan ini.

Nama Tarikh lahir (umur) Tempat lahir Generasi Nota
Himeka Arano (荒野姫楓) 9 Januari 2002 (umur 24) Kanagawa 9
Kaede Ikeda (池田楓) 5 Julai 2000 (umur 26) Nagasaki 9 Bakal graduasi pada 31 Ogos 2026
Ruka Inoue (井上瑠夏) 12 Jun 2001 (umur 25) Kumamoto 8
Miki Ito (伊藤実希) 11 Ogos 2002 (umur 24) Aichi 10 Pemimpin Team KII
Koha Okuno (奥野心羽) 20 Februari 2005 (umur 21) Hiroshima 12
Natsuki Kamata (鎌田菜月) 29 Ogos 1996 (umur 30) Aichi 6 Naib Pemimpin Team KII
Yoshino Kitagawa (北川愛乃) 24 Januari 2001 (umur 25) Osaka 8
Sana Kumoi (雲井紗菜) 23 November 2005 (umur 20) Aichi 13
Hana Kuramoto (倉本羽菜) 13 September 2004 (umur 22) Gifu 12
Mikoto Kondo (近藤海琴) 25 November 2003 (umur 22) Tottori 13
Kaho Sato (佐藤佳穂) 16 Mei 1997 (umur 29) Aichi 8
Kyoka Shinohara (篠原京香) 3 Jun 2004 (umur 22) Hyogo 11
Chikako Matsumoto (松本慈子) 19 November 1999 (umur 26) Osaka Draft 1 Kapten Keseluruhan SKE48

Pasukan ini diketuai oleh Kimie Akahori sebagai pemimpin (leader) dan Rika Aoki sebagai naib pemimpin, manakala hijau merupakan warna rasmi bagi pasukan ini. Barisan anggota ini merupakan formasi "Akahori Team E" hasil daripada penstrukturan semula pasukan yang berkuat kuasa pada 1 April 2025.

Nama Tarikh lahir (umur) Tempat lahir Generasi Nota
Hinano Aoumi (青海ひな乃) 2 November 2000 (umur 25) Aichi 9 Bakal graduasi pada 30 Jun 2026
Rika Aoki (青木莉樺) 2 September 1999 (umur 27) Osaka 10 Naib Pemimpin Team E
Kimie Akahori (赤堀君江) 21 Januari 2002 (umur 24) Shizuoka 9 Pemimpin Team E
Yuka Asai (浅井裕華) 10 November 2003 (umur 22) Aichi 7
Reona Ida (井田玲音名) 3 Disember 1998 (umur 27) Mie 6
Ayaka Ota (太田彩夏) 17 Ogos 2000 (umur 26) Gifu 7
Manae Ota (太田愛恵) 16 Disember 2007 (umur 18) Hyogo 13
Anzu Omura (大村杏) 20 September 2005 (umur 21) Aichi 11
Yua Kawamura (河村優愛) 31 Januari 2006 (umur 20) Aichi 12
Ena Suzuki (鈴木愛菜) 9 Januari 2004 (umur 22) Aichi 9
Miyu Nakasaka (中坂美祐) 11 Jun 2005 (umur 21) Aichi 9
Mio Nishii (西井美桜) 16 Mac 2001 (umur 25) Osaka 10
Miyabi Hasegawa (長谷川雅) 20 November 2010 (umur 15) Aichi 12
Kurumi Morimoto (森本くるみ) 3 September 2007 (umur 19) Nara 11

Kenkyuusei (Pelatih)

[sunting | sunting sumber]

Para pelatih bertindak sebagai penari latar atau pengganti (under) sekiranya anggota rasmi tidak dapat hadir dalam persembahan teater, di samping mempunyai pementasan teater khusus untuk golongan pelatih. Barisan ini turut merangkumi anggota Generasi ke-14 yang baharu sahaja diperkenalkan secara rasmi pada 19 Jun 2026.

Nama Tarikh lahir (umur) Tempat lahir Generasi Nota
Yura Iida (飯田ゆら) 4 Julai 2012 (umur 14) Aichi 14 Anggota termuda dalam keseluruhan SKE48
Arisa Ikeda (池田有沙) 25 Ogos 2011 (umur 15) Aichi 14
Shoko Kawamura (川村昇子) 15 September 2007 (umur 19) Gifu 13
Rei Kubota (久保田怜) 23 November 2009 (umur 16) Aichi 13
Arisa Sakurai (桜井愛莉咲) 7 November 2003 (umur 22) Tokyo 13
Nozomi Sasaki (佐々木希美) 19 Oktober 2010 (umur 15) Aichi 13
Saya Takamura (高村紗弥) 4 Julai 2004 (umur 22) Kanagawa 12 Berehat daripada aktiviti sejak 18 Jun 2024 atas faktor kesihatan
Marika Takeshita (竹下茉莉花) 17 Disember 2005 (umur 20) Osaka 14
Ayame Tachibana (立花菖) 24 Jun 2009 (umur 17) Tokyo 13
Mayu Tamura (田村真悠) 18 September 2007 (umur 19) Tokyo 13
Fuuka Nakao (中尾楓華) 17 Januari 2007 (umur 19) Aichi 14
Haruka Hijiri (聖遥花) 4 Februari 2007 (umur 19) Tokyo 13
Koharu Fukuhara (福原心春) 7 Januari 2006 (umur 20) Aichi 13 Mengumumkan peletakan jawatan; aktiviti bakal tamat pada 31 Julai 2026
Rinka Miyamoto (宮本倫花) 10 September 2007 (umur 19) Kumamoto 13
Nagisa Yajima (矢島凪) 9 September 2008 (umur 18) Aichi 14
Shiho Yokoi (横井志穂) 8 November 2011 (umur 14) Aichi 13

Bekas Anggota Kumpulan

[sunting | sunting sumber]

Anggota Kumpulan Rasmi

[sunting | sunting sumber]
Nama (Nama Jepun)Tarikh lahir (Umur)Tempat lahirGenerasiTarikh keluar
secara rasmi
Catatan
Suzuki Kirara (鈴木きらら)31 Julai 1993 (umur 33)Kanagawa124 November 2008
Takai Tsukina (高井つき奈)6 Julai 1995 (umur 31)Aichi16 Julai 2009
Yamashita Moe (山下もえ)27 Oktober 1992 (umur 33)Aichi125 November 2009
Matsushita Yui (松下唯)25 Julai 1988 (umur 38)Fukuoka130 September 2011
Ono Haruka (小野晴香)24 November 1987 (umur 38)Oita131 Mac 2012
Hirata Rikako (平田璃香子)7 Ogos 1989 (umur 37)Aichi130 November 2012Bekas Kapten Team S yang pertama
Kitahara Rie (北原里英)24 Jun 1991 (umur 35)Aichi-28 April 2013Anggota secara serentak ditamatkan.
Dia hanya menyertai AKB48 sahaja.
Kuwabara Mizuki (桑原みずき)19 Februari 1992 (umur 34)Kochi16 Mei 2013
Takada Shiori (高田志織)19 Julai 1990 (umur 36)Aichi1
Hiramatsu Kanako (平松可奈子)14 November 1991 (umur 34)Aichi1
Yagami Kumi (矢神久美)13 Jun 1994 (umur 32)Aichi1
Niidoi Sayaka (新土居沙也加)21 Februari 1994 (umur 32)Aichi530 November 2013Tidak mahu teruskan
dalam kumpulan ini
Sato Seira (佐藤聖羅)30 April 1990 (umur 36)Mie128 Februari 2014
Mukaida Manatsu (向田茉夏)10 Mei 1996 (umur 30)Aichi223 Mac 2014
Kizaki Yuria (木﨑ゆりあ)11 Februari 1996 (umur 30)Aichi324 April 2014Menyertai AKB48
Deguchi Aki (出口陽)14 Mac 1988 (umur 38)Mie129 April 2014
Nama (Nama Jepun)Tarikh lahir (Umur)Tempat lahirGenerasiTarikh keluar
secara rasmi
Catatan
Maeda Eiko (前田栄子)25 Februari 1986 (umur 40)Hyogo229 November 2009
Ichihara Yuri (市原佑梨)15 Mei 1987 (umur 39)Aichi230 November 2009
Wakabayashi Tomoka (若林倫香)23 April 1996 (umur 30)Aichi231 Julai 2012
Akaeda Ririna (赤枝里々奈)3 Julai 1996 (umur 30)Aichi26 Mei 2013
Ogiso Shiori (小木曽汐莉)15 September 1992 (umur 34)Aichi3
Hata Sawako (秦佐和子)14 September 1988 (umur 38)Osaka3
Matsumoto Rina (松本梨奈)3 September 1993 (umur 33)Aichi229 April 2014
Nama (Nama Jepun)Tarikh lahir (Umur)Tempat lahirGenerasiTarikh keluar
secara rasmi
Catatan
Nakamura Yuka (中村優花)4 Julai 1997 (umur 29)Aichi431 Disember 2011
Mano Haruka (間野春香)27 April 1995 (umur 31)Aichi231 Mac 2012
Yamada Erika (山田恵里伽)26 Disember 1995 (umur 30)Gifu3
Ueno Kasumi (上野圭澄)29 Jun 1994 (umur 32)Gifu36 Mei 2013
Minami Hara (原望奈美)24 Disember 1995 (umur 30)Aichi4
Suga Nanako (菅なな子)11 November 1996 (umur 29)Aichi523 Februari 2014
Iguchi Shiori (井口栞里)29 Mac 1995 (umur 31)Mie229 April 2014
Kito Momona (鬼頭桃菜)16 Ogos 1993 (umur 33)Aichi2
Kaneko Shiori (金子栞)13 Jun 1995 (umur 31)Saitama4

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]
Nama (Nama Jepun)Tarikh lahir (Umur)Tempat lahirGenerasiTarikh keluar
secara rasmi
Catatan
Shinkai Rina (新海里奈)1 Ogos 1992 (umur 34)Aichi18 Mei 2010
Sayuki Mori (森紗雪)3 November 1996 (umur 29)Aichi1
Fujimoto Mitsuki (藤本美月)21 September 1995 (umur 31)Aichi56 Mei 2013Enggan menyertai

Pelajar Kenkyuusei

[sunting | sunting sumber]
Nama (Nama Jepun)Tarikh lahir (Umur)Tempat lahirGenerasiTarikh keluar
secara rasmi
Catatan
Inagaki Honami (稲垣ほなみ)25 Mac 1989 (umur 37)Aichi130 April 2009
Ozeki Kiharu (尾関きはる)24 Disember 1994 (umur 31)Aichi1
Shibaki Aiko (柴木愛子)18 Oktober 1990 (umur 35)Aichi131 Julai 2009
Oshima Fuuka (大島風薫)2 Disember 1995 (umur 30)Aichi230 September 2009
Hayashi Seika (林星香)21 November 1996 (umur 29)Aichi2
Maekawa Aika (前川愛佳)11 Mac 1997 (umur 29)Aichi1
Hashimoto Ayumi (橋本あゆみ)5 Februari 1989 (umur 37)Fukui330 November 2009
Handa Ayane (半田礼音)18 Januari 1993 (umur 33)Aichi38 Mei 2010
Nonoyama Marin (野々山茉琳)31 Januari 1994 (umur 32)Aichi423 Februari 2011
Imade Mai (今出舞)12 Jun 1993 (umur 33)Osaka331 Mei 2012
Miyawaki Riko (宮脇理子)18 Ogos 1995 (umur 31)Aichi611 Mac 2013
Kobayashi Emiri (小林絵未梨)14 April 1994 (umur 32)Aichi46 Mei 2013
Itou Akane (伊藤茜)4 November 1997 (umur 28)Aichi69 Mei 2013
Hioki Miki (日置実希)14 Oktober 1992 (umur 33)Aichi51 Jun 2013
Kitahara Yuna (北原侑奈)12 Januari 1998 (umur 28)Gifu622 November 2013Tarik diri untuk menumpukan pelajaran
Yano Azuki (矢野杏月)30 November 1996 (umur 29)Gifu623 Februari 2014
Yamamoto Yuka (山本由香)17 September 1995 (umur 31)Mio622 Mac 2014
Orito Aisa (折戸愛彩)16 Jun 1998 (umur 28)Aichi629 April 2014

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album utama

[sunting | sunting sumber]

Album Single

[sunting | sunting sumber]
# Tajuk Tarikh Keluar Kedudukan carta
mingguan Oricon
Jualan minggu pertama Jumlah jualan
Label Lantis
01 Tsuyokimono yo (強き者よ) 5 Ogos 2009 5 22,624 27,259+
Label Crown Gold
02 Aozora Kataomoi (青空片想い) 24 Mac 2010 3 34,747 51,180+
03 Gomen ne, SUMMER (ごめんね、SUMMER) 7 Julai 2010 3 62,078 96,049+
04 1!2!3!4! YOROSHIKU! (1,2,3,4, ヨロシク!) 17 November 2010 2 119,913 175,027+
05 Banzai Venus (バンザイVenus) 9 Mac 2011 1 206,608 275,189+
Label Avex Trax
06 Pareo wa Emerald (パレオはエメラルド) 27 Julai 2011 1 378,747 480,916+
07 Oki Doki (オーキードキドキ) 9 November 2011 1 382,802 474,970+
08 Kataomoi Finally (片想いFinally) 25 Januari 2012 1 495,809 592,947+
09 Aishiteraburu (アイシテラブル!) 16 Mei 2012 1 472,327 581,874+
10 Kiss Datte Hidarikiki (キスだって左利き) 19 September 2012 1 511,472 598,011+
11 Choco no Dorei (チョコの奴隷) 30 Januari 2013 1 538,914 671,623+
12 Utsukushii Inazuma (美しい稲妻) 17 Julai 2013 1 510,673 661,557+
13 Sansei Kawaii! (賛成カワイイ!) 20 November 2013 1 449,003 566,227+
14 Mirai to wa? 19 Mac 2014 1 397,874 397,874+

Album Pementasan

[sunting | sunting sumber]

Pementasan (Stage unit)

[sunting | sunting sumber]
  • [2008.10.05 - 2009.02.08] Team S 1st Stage "PARTY ga Hajimaru yo" (チームS 1st「PARTYが始まるよ」)
  • [2009.02.14 - 2009.10.16] Team S 2nd Stage "Te wo Tsunaginagara" (チームS 2nd Stage「手をつなぎながら」)
  • [2009.10.25 - 2013.07.10] Team S 3rd Stage "Seifuku no Me" (チームS 3rd Stage「制服の芽」)
  • [2013.07.23 - ] Team S 4th Stage "RESET" (チームS 3rd Stage「RESET」)
  • [2009.06.13 - 2009.11.29] Team KII 1st Stage "Aitakatta" (チームKII 1st 「会いたかった」)
  • [2009.12.06 - 2010.09.22] Team KII 2nd Stage "Te wo Tsunaginagara" (チームKII 2nd Stage「手をつなぎながら」)
  • [2011.10.01 - 2013.07.12] Team KII 3rd Stage "Ramune no Nomikata" (チームKII 3rd Stage「ラムネの飲み方」)
  • [2013.07.25 - ] Team KII 4th Stage "Theater no megami" (チームKII 4th Stage「シアターの女神」)
  • [2011.01.16 - 2012.03.28] Team E 1st Stage "Pajama Drive" (チームE 1st 「パジャマドライブ」)
  • [2012.05.13 - 2013.07.11] Team E 2nd Stage "Saka Agari" (チームE 2nd 「逆上がり」)
  • [2013.07.24 - ] Team E 3rd Stage "Boku no Taiyou" (チームE 3rd「僕の太陽」)

DVD Pementasan

[sunting | sunting sumber]
  • [2009.06.15] Team S 1st Stage "PARTY ga Hajimaru yo" (チームS 1st「PARTYが始まるよ」)
  • [2009.12.23] Team S 2nd Stage "Te wo Tsunaginagara" (チームS 2nd Stage「手をつなぎながら」)
  • [2010.03.24] Team KII 1st Stage "Aitakatta" (チームKII 1st 「会いたかった」)
  • [2010.10.27] Team KII 2nd Stage "Te wo Tsunaginagara" (チームKII 2nd Stage「手をつなぎながら」)

DVD Konsert

[sunting | sunting sumber]
  • [2009.12.23] Hajimete no Kagai Jugyou ~ Nagoya Bottom Line (2009.05.24 初めての課外授業〜2009.5.24 名古屋ボトムライン)
  • [2010.01.27] Tenka Wo Toruze! ~2009.7.30@Nagoya Diamond Hall~ (天下をとるぜ 〜2009.7.30@名古屋ダイヤモンドホール〜)
  • [2010.04.28] Nagoya Ikki -2009.12.25 @zepp Nagoya- (名古屋一揆 ~2009.12.25 @ZeppNagoya~)
  • [2010.06.23] SKE48 Densetsu.Hajimaru -2010.4.29 @zepp Nagoya-
  • [2010.09.22] SKE48 Request Hour Set List Best 30 2010 ~Kamikyoku wa Doreda?~ (SKE48 リクエストアワー セットリストベスト30 2010 〜神曲はどれだ?〜)
  • [2010.12.22] SKE48's First Tour - Ase no Ryou wa Hanpa Janai! (SKE48 汗の量はハンパじゃない)
  • [2011.07.08] SKE48 ni, Ima, Dekiru Koto ~2011.05.02 @ AKASAKA BLITZ~ (SKE48に、今、できること)

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
  • SKE48 学園 (SKE48 Gakuen)
  • 知って解決!SKEっとネット (Shitte Kaiketsu! SKEtto Net)
  • でらSKE~夜明け前の国盗り48番勝負 (Dera SKE ~ Yoake Mae no Kuni tori 48ban Shoubu)
  • アナアナ商会 (Anna anna Shoukai)
  • イッテ恋48 (Itte Koi 48)
  • [2009.10.07] SKE48 Complete Book 〜2008→2009〜
  • [2009.**.**] SKE48 チームS 3rd「制服の芽」公演公式ガイドブック (SKE48 Team S 3rd Stage [Seifuku no Me] Official performance guidebook)
  • [2010.09.17] SKE48学院修学旅行 (1週間MOOK)
  • [2010.10.01] 神曲の時間 SKE48リクエストアワーセットリストベスト30 2010 ~神曲はどれだ~ LIVE PHOTO BOOK
  • [2010.12.10] SKE48 COMPLETE BOOK 2010-2011

Juga Lihat

[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ "SKE48 Goto Rara announces graduate from the group" (dalam bahasa English). Shukan Bunshun. 2019-07-25. Dicapai pada 2019-07-29.{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ↑ "SKE48 Named Official Supporters for Asian Games 2026 in Nagoya" (dalam bahasa English). Tonboriday. 2025-09-13. Dicapai pada 2025-09-13.{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ↑ "Profil anggota SKE48". ske48.co.jp. (dalam bahasa Jepun). SKE48 OFFICIAL SITE. Dicapai pada 19 Ogos 2025.