Pergi ke kandungan

Sanae Takaichi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat
Sanae Takaichi
高市 早苗
Perdana Menteri Jepun
Menyandang jawatan
21 October 2007
RajaNaruhito
Didahului olehShigeru Ishiba
Presiden parti Demokratik Liberal
Menyandang jawatan
4 Oktober 2025
Naib PresidenTaro Aso
Setiusaha AgungShun'ichi Suzuki
Didahului olehShigeru Ishiba
Ministerial offices
Menteri Negara bagi Keselamatan Ekonomi
Dalam jawatan
10 Ogos 2022  1 Oktober 2024
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi
Dalam jawatan
11 September 2019  16 September 2020
Dalam jawatan
3 September 2014  3 August 2017
Menteri Negara bagi Hal Ehwal Wilayah Okinawa dan Wilayah Utara
Dalam jawatan
26 September 2006  26 September 2007
Menteri Negara bagi Dasar Sains dan Teknologi
Dalam jawatan
26 September 2006  26 September 2007
Menteri Negara bagi Kesaksamaan Gender dan Hal Ehwal Sosial
Dalam jawatan
26 September 2006  26 September 2007
Minister Negara bagi Keselematan Makanan
Dalam jawatan
26 September 2006  26 September 2007
Minister Negara bagi Inovasi
Dalam jawatan
26 September 2006  26 September 2007
Digantikan oleh
Ahli Dewan Perwakilan Jepun
Menyandang jawatan
11 September 2005
Kawasan pilihan raya
  • Nara 2nd (2005–2009)
  • [Kinki PR (2009–2012)
  • Nara 2nd]] (2012–Kini)
Majoriti43,516 (20.38%)
Dalam jawatan
19 Julai 1993  8 November 2003
Kawasan pilihan raya
  • Nara at-large [ja] (1993–1996)
  • Nara 1st (1996–2000)
  • Kinki PR (2000–2003)
Maklumat peribadi
Lahir (1961-03-07) 7 Mac 1961 (umur 65)
Yamatokōriyama, Nara, Japan
Parti politikDemokratik Liberal (1996–Kini)
Gabungan politik
lain
  • Bebas (1993–1994)
  • Liberal [ja] (1994)
  • Parti Hadapan Baru (1994–1996)
Pasangan
  • Taku Yamamoto (k. 2004; c. 2017)
  • (k. 2021)
Anak3
PendidikanUniversitu Kobe (BBA)
TandatanganTandatangan
Laman websanae.gr.jp Sunting ini di Wikidata

Sanae Takaichi (lahir 7 Mac 1961) ialah seorang ahli politik Jepun yang kini berkhidmat sebagai Perdana Menteri Jepun dan Presiden Parti Demokratik Liberal sejak 2025. Beliau adalah wanita pertama yang memegang mana-mana jawatan tersebut di Jepun. Pernah menjadi ahli Dewan Rakyat dari 1993 hingga 2003 dan sejak 2005, beliau juga memegang beberapa jawatan menteri semasa sepanjang pentadbiran Shinzo Abe dan Fumio Kishida .

Dilahirkan dan dibesarkan di Wilayah Nara. Takaichi merupakan lepasan dari Universiti Kobe dan pernah bekerja sebagai pengarang, pembantu perundangan dan penyiar sebelum memulakan kerjaya politiknya. Dipilih sebagai calon bebas kepada Dewan Rakyat pada pilihan raya umum 1993, beliau menyertai Parti Liberal Demokratik (LDP) pada tahun 1996. Beliau memegang pelbagai jawatan semasa waktu Abe , terutamanya sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi . Dari 2022 hingga 2024, semasa jawatan perdana Fumio Kishida, beliau berkhidmat sebagai Menteri Negara bagi Keselamatan Ekonomi.

Pada tahun 2025, beliau mengalahkan Shinjirō Koizumi, dan menjadi presiden wanita pertama untuk parti Parti Demokratik Liberal . Selepas berakhirnya gabungan LDP–Komeito, Takaichi memperoleh perjanjian gabungan dengan Parti Inovasi Jepun, dan telah dipilih sebagai perdana menteri oleh Diet Jepun pada 21 Oktober.

Pandangan Takaichi telah disifatkan sebagai konservatif atau ultrakonservatif . [1] [2] Dasar domestiknya termasuk sokongan untuk perbelanjaan kerajaan yang proaktif dan Abenomics yang berterusan. Dia telah mengambil pendirian konservatif dalam isu sosial, seperti penentangan terhadap perkahwinan sejenis, pengiktirafan nama keluarga berasingan untuk pasangan, dan penggantian wanita ke takhta Jepun . Beliau menyokong penyemakan Artikel 9 Perlembagaan Jepun, yang menolak penggunaan kekuatan tentera, dasar luar pro-Taiwan, dan mengukuhkan pakatan AS-Jepun . Sebagai ahli Nippon Kaigi, dia telah digambarkan sebagai memegang pandangan revisionis tentang tingkah laku Jepun semasa Perang Dunia Kedua, dan mengkritik kenyataan Murayama dan Kono . Dia telah membuat lawatan tetap ke Kuil Yasukuni yang kontroversi .

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]
Takaichi pada tahun 1998

Takaichi dilahirkan pada 7 Mac 1961 di Yamatokōriyama, Prefektur Nara, dalam keluarga kelas pertengahan dengan kedua-dua ibu bapa berkerja. Bapanya, Daikyū Takaichi (1934–2013), [3] bekerja di sebuah firma automotif yang berkaitan dengan Toyota . Ibunya, Kazuko Takaichi (1932–2018), [4] bertugas di Polis Prefektur Nara . [5] [6] Takaichi menamatkan pengajian di Sekolah Menegah Unebi. . Walaupun dia lulus untuk melajutkan pelajaran di universiti Keio dan Waseda di Tokyo, [7] dia tidak menghadirinya kerana ibu bapanya enggan menaggung yuran pengajian jika dia meninggalkan rumah atau memilih universiti swasta kerana dia seorang wanita. [8] [7]


Sebaliknya, Takaichi menempuh perjalanan enam jam dari rumah keluarganya untuk menghadiri Universiti Kobe, sambil menanggugn kos pengajuanya melalui kerja sambilan. [9] Semasa di universiti dia menyertai sebuah kumpulan muzik, bermain dram dan pernah menjadi ahli sebuah kumpulan heavy metal . [9] Pada tahun 1984,dia menamatkan pengajian di Kobe dengan ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan, kemudian mendaftar di Institut Natsushita untuk Pentadbiran Kerajaan dan Pengurusan . [10] [11]


Pada tahun 1987, dengan tajaan daripada Institut Matsushita, dia berpindah ke Amerika Syarikat untuk bekerja sebagai rakan kongres bagi ahli kongres Demokrat Pat Schroeder . [6] [12] [13] Pada tahun 1989, sebaik kembali ke Jepun, dia bekerja sebagai penganalisis perundangan dengan pengetahuan tentang politik Amerika, dan menulis buku berdasarkan pengalamannya. Pada Mac 1989, dia menjadi penyampai TV Asahi, bersama-sama Hos Renho mengacarakan program Kodawari TV Pre-Stage stesen itu d. Pada November 1990, Takaichi dilantik sebagai penyampai untuk Fuji Television, kemudian berkhidmat sebagai pengacara utama program maklumat pagi Asa Da! Dō Naru [ja] Asa Da! Dō Naru [ja] . [14] [15]


  1. Osaki, Tomohiro. "Could Japan soon have a female leader? Sanae Takaichi emerges as a contender". The Japan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2021. Dicapai pada 7 September 2021.
  2. "Fumio Kishida Is Japan's New Prime Minister. Here's How He Beat a Much More Popular Rival". Time. 29 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2021. Dicapai pada 27 July 2025. Yoshikazu Kato, a director of a Tokyo-based research and consulting firm Trans-Pacific Group (TPG), believes Kishida’s team was able to secure more votes with help from supporters of ultraconservative candidate Sanae Takaichi—who was vying to become Japan's first female prime minister.
  3. "高市大休氏が死去 高市早苗自民党政調会長の父". Nikkei Shimbun (dalam bahasa Jepun). 6 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 May 2013. Dicapai pada 20 October 2025.
  4. "【おくやみ】高市和子さん(高市早苗前総務相の母)". Nikkan Kogyo Shimbun (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2025. Dicapai pada 20 October 2025.
  5. "第201回国会 本会議 第10号(令和2年3月17日(火曜日))". www.shugiin.go.jp (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 March 2025. Dicapai pada 12 September 2025.
  6. 1 2 Rich, Motoko; Inoue, Makiko; Hida, Hikari (20 September 2021). "A Hard-Line Conservative Hopes to Be Japan's First Female Leader". The New York Times. ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2021. Dicapai pada 16 August 2024. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":3" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. 1 2 "高市早苗氏の意外な過去にフェミニストも震えた 総理の座を狙う過程で何があったのか おんなの話はありがたい" [Even feminists tremble at Sanae Takaichi's surprising past: what happened on the road to prime minister? It's nice to hear a woman's side of the story]. PRESIDENT Online (dalam bahasa Jepun). 16 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2025. Dicapai pada 5 October 2025.
  8. "Sanae Takaichi is Japan's New Prime Minister, and She's a Heavy Metal Drummer". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 21 October 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2025. Dicapai pada 21 October 2025.
  9. 1 2 Treisman, Rachel (21 October 2025). "5 things to know about Sanae Takaichi, Japan's first female prime minister". NPR. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2025. Dicapai pada 22 October 2025.
  10. "Meet Sanae Takaichi: Heavy metal fan, former biker chick and Japan's PM-in-waiting". The Straits Times. 4 October 2025. ISSN 0585-3923. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 October 2025. Dicapai pada 5 October 2025.
  11. "TAKAICHI Sanae (The Cabinet)". Prime Minister's Office of Japan. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 July 2025.
  12. "Sanae Takaichi: Meet Japan's drum-playing, Thatcher-loving first female PM". www.bbc.com. 21 October 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2025.
  13. "プロフィール | 高市早苗(たかいちさなえ)". sanae.gr.jp (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2024. Dicapai pada 16 September 2020.
  14. "高市早苗氏が30年前、立民・蓮舫氏と並んでテレビ司会をしていた過去". NEWSポストセブン (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2021. Dicapai pada 18 August 2022.
  15. "高市早苗・前総務相が語った「バンドのドラマーだった時代」". FRIDAYデジタル (dalam bahasa Jepun). 26 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]