Tentera Darat Amerika Syarikat
| Tentera Darat Amerika Syarikat | |
|---|---|
Tanda Perkhidmatan Tentera Darat Amerika Syarikat Logo Tentera Darat Amerika Syarikat | |
| Aktif | 14 Jun 1775 - kini |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Jenis | Tentera darat |
| Saiz | Kira-kira 1,082,000 |
| Sebahagian daripada | Jabatan Pertahanan Jabatan Tentera Darat |
| Moto | This We'll Defend Army Strong (pengambilan) |
| Warna | Hitam & Emas |
| Kawat | The Army Goes Rolling Along |
| Komander | |
| Pemerintah Tertinggi | Presiden Donald Trump |
| Setiausaha Pertahanan | Pete Hegseth |
| Setiausaha Tentera Darat | Daniel P. Driscoll |
| Ketua Turus Tentera Darat | JEN Randy George |
| Timbalan Ketua Turus Tentera Darat | JEN Christopher LaNeve |
| Ketua Pegawai Waran Tentera Darat | CW5 Aaron H. Anderson |
| Sarjan Mejar Tentera Darat | SMA Michael Weimer |
| Tanda kebesaran | |
| Bendera | |
| Simbol pengenalan | |
Tentera Darat Amerika Syarikat merupakan cabang tentera darat bagi Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Ia merupakan angkatan tentera yang terbesar yang tertua dalam Angkatan Tentera A.S. Seperti pasukan tentera darat yang lain, tanggungjawab utama Tentera Darat A.S adalah tertumpu kepada operasi ketenteraan di darat. Tentera darat moden ini berakar umbi dari Tentera Darat Kontinental yang ditubuhkan pada 14 Jun, 1775, iaitu sebelum penubuhan Amerika Syarikat, bagi memenuhi keperluan Perang Revolusi Amerika. Kongres Konfederasi telah menubuhkan Tentera Darat A.S pada 14 Jun, 1784 selepas tamat perang bagi mengantikan Tentera Darat Kontinental yang telah dibubarkan.[1]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Kawalan dan operasi Tentera Darat A.S diuruskan oleh Jabatan Tentera Darat, satu dari tiga jabatan perkhidmatan dalam Jabatan Pertahanan. Ketua bagi kakitangan awam adalah Setiausaha Tentera Darat dan pangkat tertinggi bagi pegawai tentera dalam jabatan ini adalah Ketua Turus Tentera Darat, kecuali sekiranya Pengerusi Ketua Turus Bersama atau Timbalan Pengerusi Ketua Turus Bersama merupakan pegawai Tentera Darat A.S. Setakat 31 Oktober, 2008, jumlah kekuatan anggota tetap Tentera Darat A.S dilaporkan kurang sedikit 546,000 anggota. [2] Pengawal Kebangsaan Tentera Darat seramai 350,000 dan Tentera Darat Simpanan Amerika Syarikat pula seramai 189,000, menjadikan kekuatan keseluruhan sejumlah 1,085,000 askar.[3]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ United States Army, June 14: The Birthday of the U.S. Army
- ↑ http://siadapp.dmdc.osd.mil/personnel/MILITARY/ms1.pdf Diarkibkan 2008-06-24 di Wayback Machine DoD PERSONNEL & PROCUREMENT STATISTICS, retrieved 2007-10-31
- ↑ Army FY2008 Demographics brochure
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- ARMY.MIL - Laman web rasmi Tentera Darat Amerika Syarikat.
- GoArmy.com Laman web rasmi pengambilan anggota tentera darat.
- America's Army Laman web rasmi "Projek Permainan Tentera Darat".
- Formasi tentera darat
- Senarai lambang kebesaran Institut Tentera Darat A.S. Heraldry Diarkibkan 2009-04-05 di Wayback Machine
- Muzium Sejarah Missouri - Koleksi Tentera Darat Diarkibkan 2011-05-01 di Wayback Machine