Pergi ke kandungan

Zamani Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Zamani Slam)
Zamani bin Ibrahim
Kelahiran
Zamani bin Ibrahim

(1971-05-25) 25 Mei 1971 (umur 55)
Nama lainZamani Slam
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1991–kini
PasanganNur Juliana Abdul Rani (k. 2019)
Saudara
  • Zuraidah Ibrahim (kakak)
  • Zulfazli Ibrahim (abang)
Kerjaya muzik
GenrePop rock, Soft rock, Hard rock, Rock kapak
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanBMG Music
Nova Music
Faithful Music
KRU Music
Kegiatan berkaitanSlam, Saga

Zamani bin Ibrahim (lahir 25 Mei 1971) atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam ialah seorang penyanyi pop rock lelaki berpengaruh popular dari Malaysia.

Beliau mula mencipta nama menerusi kumpulan pop rock terkenal 1990an, Slam yang dianggotainya dari 1993 hingga 1999. Beliau yang kemudiannya melancarkan kerjaya muzik secara solo pada tahun 2002 kini bergelar antara penyanyi pop lelaki yang malar segar di Malaysia dan Indonesia serta negara serantau dan beliau juga pernah dicalonkan antara penyanyi terbaik di Asia.[3] Kekuatan dan kemerduan vokal beliau dapat memukau ramai peminat sehingga beliau ditempatkan setaraf dengan vokalis-vokalis terbaik tanah air.[4] Kini, segala urusan kerjaya seni dikendalikan sepenuhnya oleh isteri beliau sendiri yang bertindak sebagai pengurus peribadi yang sah iaitu Pn. Nur Juliana Abd Rani. [5]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Awal tahun 2015, industri muzik Malaysia dikejutkan dengan berita penangkapan beliau. Beliau disahkan memiliki dan mengambil dadah dan telah dimasukkan ke pusat pemulihan setempat.[6] Setelah beberapa bulan dirawat, beliau disahkan bebas dari dadah dan mulai aktif di pentas pada tahun 2016.[7] Zamani mengaku bahawa beliau terlibat dengan dadah sejak zaman sekolah lagi dan penyakit tulang belakangnya itu juga berpunca daripada dadah.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Sebelum menyertai kumpulan Slam, Zamani merupakan vokalis asal kumpulan Scalia yang kemudiannya dikenali sebagai kumpulan Saga yang dianggotai oleh Man, Adi dan Lola pada tahun 1989. Ketika itu beliau baru berusia 18 tahun. Jodoh beliau bersama kumpulan itu tidak kekal lama apabila pihak BMG Pacific dan RS Records mahukan Scalia menukar vokalis dan pemain dram kerana merasakan vokal Zamani dan pukulan dram Lola tidak sesuai untuk membawakan lagu-lagu berentak keras dan laju. Zamani kemudiannya meneruskan kehidupannya dengan bekerja sebagai kerani di salah sebuah bank terkemuka di ibu negara manakala Lola telah menyertai kumpulan Crossfire.

Pada tahun 1993, Johan Aziz dan Shah telah datang ke rumahnya di Keramat untuk menjemput beliau sebagai vokalis untuk sebuah kumpulan muzik baharu yang kemudiannya dikenali sebagai Slam. Walaupun pada mulanya Zamani keberatan untuk kembali menyanyi, namun kesungguhan yang ditunjukkan oleh Johan Aziz dan Shah telah meyakinkan beliau untuk menyertai Slam sebagai vokalis.

Setelah lama membujang Zamani akhirnya telah selamat diijabkabul dengan gadis pilihan hatinya Nur Juliana Abdul Rani pada 20 September 2019.[8][9] Majlis perkahwinan mereka berlangsung secara tertutup di Ampang dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat pasangan pengantin.[10][11]

Kemuncak Populariti (1995 - 1999)

[sunting | sunting sumber]

Zamani bersama kumpulannya Slam berjaya menguasai pentas muzik Tanah Air apabila lagu daripada album kedua dan ketiga mereka berjaya menambat hati pendengar bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh Nusantara iaitu Singapura, Indonesia dan Brunei.

Antara lagu-lagu popularnya seperti Kembali Terjalin, Kembali Merindu, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Gerimis Mengundang, Jika Kau Rasa Getarnya, Buat Seorang Kekasih, Kurnia, Mentari Muncul Lagi, Rindiani, Syair Si Pari-Pari dan Kala Hujan.

Lagu Gerimis Mengundang sewaktu menempa populariti luar biasa suatu ketika dahulu pernah dialihbahasakan kepada 21 bahasa di seluruh Asia.

Mengekori kejayaan ini sebuah konsert berskala mega yang dijayakan oleh Slam, Slam Live Concert Unplugged pada 3 Ogos 1996 diiringi orkestra di bawah pimpinan Dato' Ramli M.S. di Stadium Negara hingga membawa kejayaan besar apabila Zamani diiktiraf sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Di Dalam Album (Lelaki) menerusi album Slam Live Concert Unplugged (1996) di Anugerah Industri Muzik ke-4 pada tahun 1997.

Pada tahun 1998, beliau telah dipilih di kalangan artis tersohor Negara untuk mengadakan persembahan semasa majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II, Putera Philip, Duke Edinburgh dan dikalangan ahli delegasi dan pegawai daripada 70 negara-negara termasuk daripada negara Komanwel. Beliau mendendangkan lagu popular senusantara iaitu Isabella 98 bersama Jamal Abdillah, Saleem Iklim dan Amy Search.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]
Tahun Judul Jualan
1994 SLAM
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1994
  • Label : BMG
1995 Kesan Terbukti
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1995
  • Label : BMG
1995 Terbaik Slam
  • Album studio/kompilasi
  • Dikeluarkan : 1995
  • Label : BMG
1996 Kembali Merindu
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1996
  • Label : BMG
1998 Dalam Harapan
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1998
  • Label : BMG
1999 Best Of Slam
  • Album studio/kompilasi
  • Dikeluarkan : 1999
  • Label : BMG
2002 ZAMANI
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2002
  • Label : Nova Music
2010 Terima Kasih
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2010
  • Label : Johan Sound

Album kompilasi

[sunting | sunting sumber]
  • Zamani Terbaik (2011)
  • Hingga Akhirnya (1997) - duet bersama Ina Freshies
  • Isabella '98 (1998) - bersama Jamal Abdillah, Amy dan Saleem
  • Takbir Memecah Hening (1999) - duet bersama Ashira
  • Andai Gerimis Tiada (2001)
  • Saat Bahagia (2001) - duet bersama Illa Sabry
  • Syair Si Pari-Pari (2002)
  • Kala Hujan (2004)
  • Halaman Pertemuan (2004) OST telemovie Celak Pak Andam - duet bersama Ety Farhana
  • Suara Kekasih (2007) - bersama Alleycats, Saleem dan Ezad Lazim
  • Tak Keruan (2011) - duet bersama Sharifah Zarina
  • Cahaya Asmara (2015)
  • Tambatan Hati (2016)
  • Aduh (2019)
  • Lima Aksara (2019) - duet bersama Ezad Lazim
  • Syawal Ini (2020) (Lagu Raya Aidilfitri)
  • Yes Sir (2023) (OST filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang) - duet bersama Arif Peter
  • Gerimis Derita (2026) - duet bersama Haqiem Rusli


* Untuk diskografi bersama Slam, rujuk di sini

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Bara Ziman Filem pertama

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002 Syair Si Pari-Pari Ikmal Format VCD Telefilem pertama
2003 Hantu Joe
2004 Celak Pak Andam Firdaus

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2018 Gegar Vaganza (musim 5) Peserta Astro Ria
2019-2024 Sepahtu Reunion Live Kameo Astro Warna

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik

[sunting | sunting sumber]
Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Keputusan
1996 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Terbaik Slam Tercalon
Lagu Terbaik Gerimis Mengundang Tercalon
1997 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Slam Live Concert Unplugged Menang
Album Rock Terbaik Slam Live Concert Unplugged Tercalon
Anugerah Kembara Menang
1998 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Slam Live Concert Unplugged 2 Tercalon
Album Pop Terbaik Slam Live Concert Unplugged 2 Tercalon
1999 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Dalam Harapan Tercalon
Album Pop Terbaik Dalam Harapan Tercalon
2003 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Syair Si Pari-Pari Tercalon
Lagu Terbaik Syair Si Pari-Pari Tercalon

Anugerah Juara Lagu

[sunting | sunting sumber]
Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Pencipta Lagu Penulis Lirik Keputusan
1996 Gerimis Mengundang Saari Amri Saari Amri Tercalon
2002 Syair Si Pari-Pari Aidit Alfian Ad Samad Tercalon
2004 Kala Hujan Aidit Alfian Loloq Tercalon
[sunting | sunting sumber]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
1995 Penyanyi Berkumpulan Popular (bersama Slam) Tercalon
1996 Penyanyi Berkumpulan Popular (bersama Slam) Tercalon
1997/98 Penyanyi Berkumpulan Popular (bersama Slam) Tercalon
2002 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon

Anugerah Era

[sunting | sunting sumber]
Anugerah Era (AE)
Tahun Kategori Keputusan
2002 Vokal Lelaki Pilihan Menang
2003 Vokal Lelaki Pilihan Tercalon
2004 Vokal Lelaki Pilihan Tercalon

Lain-lain Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Voice of Asia 1997

  • Tempat Ketiga (bersama Slam)

Anugerah Platinum Berkembar Asia Award 1999

Bersama kumpulan Slam

Anugerah Musik Indonesia 1999

  • Anugerah Khas (bersama Slam)

Gegar Vaganza 5 (2018)

  • Tempat Ketiga

Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) AIM 1997

  • Bersama Kumpulan Slam

Anugerah Kembara AIM 1997

  • Bersama kumpulan Slam
  1. ↑ https://www.hmetro.com.my/rap/2021/04/695189/zamani-teruja-jumpa-peminat-di-melaka
  2. ↑ https://www.melakahariini.my/zamani-anak-jati-alor-gajah-ajak-peminat-bercuti-ke-melaka/
  3. ↑ Perdana, Egi David. "10 Penyanyi Terbaik Asia Sepanjang Masa". Kompasiana. Kompasiana. Dicapai pada 2 September 2016.
  4. ↑ Razlan, Abd Razak. "Vokalis Terbaik Malaysia". blogspot. Razlan Abd Razak. Dicapai pada 2 September 2016.
  5. ↑ Queen, Alexia. "Elak kekeliruan, terkini Zamani lantik isteri jadi pengurus". Zamani Ibrahim.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  6. ↑ Astro Gempak. "Zamani Slam Positif Dadah, 10 Tahun Terlibat Penagihan". astrogempak.com. Astro Gempak. Dicapai pada 2 September 2016.
  7. ↑ Astro Gempak. "Zamani Semakin Pulih Dari Dadah". astrogempak.com. Astro Gempak. Dicapai pada 2 September 2016.
  8. ↑ Ridzuan Abdul Rahman (20 September 2018). Alhamdulillah, Zamani selamat bernikah Harian Metro. Dicapai pada 21 September 2018.
  9. ↑ Zaidi Ibrahim (20 September 2019). "Zamani Semakin Pulih Dari Dadah". Berita Harian. Dicapai pada 21 September 2019.
  10. ↑ "Zamani akhiri zaman bujang". Malaysiakini. 20 September 2019. Dicapai pada 21 September 2019.
  11. ↑ Wawann Mohd (20 September 2019). "Zamani, Juliana selamat diijabkabul". Sinar Harian. Dicapai pada 21 September 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]