Pergi ke kandungan

General of the Armies

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jeneral Agung Amerika Syarikat
General of the Armies of the United States
Bendera General of the Armies, dianugerahkan kepada Pershing pada 1922
General of the Armies John J. Pershing, satu-satunya orang yang memegang pangkat ini semasa hidup
Negara United States
Cawangan khidmatBendera Tentera Darat Amerika Syarikat Tentera Darat Amerika Syarikat
PangkatEnam bintang
Formasi03 September 1919 (1919-09-03)
Pangkat tinggi seterusnyaTiada
Pangkat rendah sebelumnya
Pangkat setaraTiada
Insignia General of the Armies yang dipilih oleh John J. Pershing pada tahun 1919
Lakaran bagi insignia general of the armies, sekiranya ada keperluan dimasa hadapan

General of the Armies of the United States (Jeneral Agung Amerika Syarikat), lebih umum dirujuk sebagai General of the Armies (Jeneral Agung), ialah pangkat tentera tertinggi di Amerika Syarikat. Pangkat ini telah dianugerahkan sebanyak tiga kali: kepada John J. Pershing pada tahun 1919, sebagai pengiktirafan peribadi kerana memimpin Angkatan Ekspedisi Amerika semasa Perang Dunia I; kepada George Washington pada tahun 1976, sebagai penghormatan anumerta semasa sambutan Ulang tahun ke-200 Amerika Syarikat; dan secara anumerta kepada Ulysses S. Grant pada tahun 2024.

Gred ini kadangkala diterangkan sebagai jeneral enam bintang, lebih tinggi daripada gred lima bintang General of the Army, namun tiada lencana enam bintang pernah dicipta secara rasmi dan Pershing, satu-satunya orang yang menjadi General of the Armies semasa hidupnya, tidak pernah memakai lebih daripada empat bintang.[1] Sama ada gred Pershing patut berada di pangkat empat, lima, atau enam bintang telah menjadi subjek perdebatan sejak gred lima bintang diwujudkan pada tahun 1944.[2] Bagi menjadikan Washington sebagai pegawai tentera paling tinggi pada tahun 1976, Kongres menjelaskan bahawa gred baru General of the Armies berada di atas semua gred jeneral, sama ada zaman dahulu atau sekarang,[3] manakala undang-undang meluluskan kenaikkan pangkat Grant yang menjadikan pangkatnya setara dengan pangkat Pershing.

Pangkat General of the Armies menikmati beberapa keistimewaan yang tidak diberikan kepada jeneral lain, termasuk gaji yang jauh lebih tinggi dan hak untuk bersara dengan gaji dan elaun penuh. Walaupun dalam persaraan, Pershing—satu-satunya orang yang masih hidup dengan pangkat itu—adalah pegawai kedua dengan gaji tertinggi dalam kerajaan persekutuan, hanya selepas Presiden Amerika Syarikat.[4]

Hanya seorang yang dilantik ke General of the Armies sewaktu hidup, dan dua lagi selepas kematian:

Douglas MacArthur telah dicadangkan untuk pangkat ini, iaitu semasa dan selepas Perang Dunia II, tetapi satu arahan rasmi pelantikan "ke jawatan Jeneral Agung Amerika Syarikat" tidak pernah dikeluarkan.

Pelantikan ini lebih atas dari Jeneral Angkatan Darat, Jeneral Angkatan Udara dan Laksamana Armada tetapi setara dengan Admiral of the Navy, dan dalam hal ini menandakan Pershing berkhidmat secara langsung di bawah Presiden.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Oliver, Raymond (August 1983). Why is the Colonel Called "Kernal"?. McClellan Air Force Base, California: Office of History, Sacramento Air Logistics Center. m/s. 20. Diarkibkan daripada yang asal pada August 8, 2022. Dicapai pada January 2, 2021. {{cite book}}: |newspaper= ignored (bantuan)
  2. ↑ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "HJRes519"
  3. ↑ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "PL_94-479"
  4. ↑ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Post-Gazette_1931-03-23"
  5. ↑ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ":0"